Rojak Daily Logo
Back to top

Teaser Rasmi Polis Evo 2 Dilancar, Poster Filem Kali Ini Lebih Mengancam!

Jaga-jaga boh!

0
comments
Teaser Rasmi Polis Evo 2 Dilancar, Poster Filem Kali Ini Lebih Mengancam!

Filem pecah panggung 2015, Polis Evo bakal kembali dengan sekual padat aksi, Polis Evo 2.

 

Bakal berada di pawagam 22 November ini, barisan pelakon, lagu tema, poster filem dan teaser rasmi telah dipertontonkan untuk memberi keterujaan kepada penonton.

Sebelum kami memberikan lebih info, mari tonton teaser rasmi Polis Evo 2.

Polis Evo 2 mendapat sentuhan pengarah muda Joel Soh dan Andre Chiew dan masih Joel Soh, Anwari Ashraf dan Kyle Goonting sebagai penulis skrip.

Diterajui oleh Shahiezy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani, Polis Evo 2 turut menampilkan pelakon-pelakon berbakat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia seperti Hasnul Rahmat, Syafie Naswip, Erra Fazira, Soffi Jikan, Riz Amin, Hairul Azreen, Raline Shah, Mike Lucock, Jeff Catz dan Fir Rahman.

 Poster filem Polis Evo 2.

Jika Polis Evo pertama mempertaruhkan lagu Evo nyanyian Sona One dan Joe Flizzow sebagai lagu tema, lagu tema bagi Polis Evo 2 bertajuk Sang Saka Biru lebih gempak.

 

Hasil gabungan Joe Flizzow, Altimet, Sona One dan Alif, lagu bergenre hip hop ini ciptaan Alif dan SonaOne manakala lirik oleh Joe Flizzow, Altimet dan Alif.

 

Setelah kejayaan luar biasa Hantu Kak Limah dan Paskal, Polis Evo 2 diharap turut sama mendapat tempat di hati peminat dan penonton industri filem tempatan.

  Barisan pelakon, tenaga kerja bersama Dato’ Khairul Anwar Salleh.

Apa cerita Polis Evo 2?

Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur.

 

Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas menyerang dan menawan pulau tersebut.

 

Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung.

 

Apakah kesudahan misi mereka? Nantikan Polis Evo 2 di pawagam seluruh Malaysia, 22 November ini.

 
 
Comments