Rojak Daily Logo
Back to top

Zaman Serba Canggih Ini, Adakah Masih Ramai Yang Mengamalkan Minyak Dagu?

Ramai yang jual minyak dagu di Facebook!

0
comments
Zaman Serba Canggih Ini, Adakah Masih Ramai Yang Mengamalkan Minyak Dagu?
Bila sebut saja tentang kepercayaan masyarakat Melayu, banyak sebenarnya untuk disenaraikan. Baik dalam kehidupan seharian mahupun menyentuh hal mistik.

Namun antara yang seringkali menjadi buah mulut masyarakat adalah penggunaan minyak dagu.

Mengikut kepercayaan, minyak dagu digunakan oleh kaum lelaki sebagai elemen penting untuk menarik dan memikat wanita.


Persoalannya, di zaman serba moden dan teknologi yang canggih ini, masih adakah lagi orang yang bersifat kuno mengamalkan amalan khurafat ini?

Berdasarkan satu case study yang dilakukan baru-baru ini, terdapat ramai peniaga melakukan perbuatan menjual barangan khurafat ini di laman Facebook. Mereka menggunakan nama seperti 'minyak dagu asli', 'minyak dagu mustajab' dan sebagainya.


Sejauh mana larisnya minyak ini itu tidak pasti, namun jika anda mahu mengetahui lebih lanjut kisah-kisah sebegini jangan lupa saksikan drama bersiri 13 Khurafat mulai 17 Oktober (setiap Rabu), 11 malam, hanya di Astro Prima dan Astro Maya HD!



Antara pelakon drama siri ini adalah Azhan Rani, Jasmin Hamid. Syafie Naswip, Eyra Hazali, Anita Baharo, Liza Abdullah dan ramai lagi.
 
 
 
Comments