Rojak Daily Logo

Apabila Matt Damon Berbahasa Malaysia

0
comments
Apabila Matt Damon Berbahasa Malaysia
Matt Damon ditemubual penyampai Hitz FM, Ryan ketika mempromosikan filem terbarunya, Jason Bourne. (Gambar: redbulletin dan screenrant)

Peminat aktor terkenal Hollywood, Matt Damon pastinya teruja menonton filem terbarunya, Jason Bourne ditayangkan di pawagam. Namun, dalam keterujaan peminatnya itu, ia lebih mengujakan apabila pelakon itu berjenaka dengan selebriti tempatan dalam bahasa Malaysia.

Merujuk satu temubual bersama stesen radio Hitz FM, aktor itu cuba berbahasa Malaysia ketika menjawab beberapa soalan yang diajukan selebriti tempatan iaitu De Fam, Reem Shahwa and Fasha Sandha. Temubual ringkas yang dikendalikan penyampai Hitz FM, Ryan nyata menghiburkan penonton sebaik mendengar jawapan balas aktor itu.

De Fam bertanyakan soalan apa yang patut dilakukan pada hujung minggu, Damon menjawab “jom babe kita tengok Jason Bourne lah!.” Begitu juga, apabila dia ditanya pengacara Astro Supersport, Reem sama ada dia mempunyai akaun Facebook, Damon membalas, “Sorry babe, Tak ada tapi WhatsApp ada!.” Lebih kelakar apabila Damon menjawab “Pwahh! This movie? Power lah babe” ketika ditanya Fasha, filem barunya itu berbaloi untuk ditonton.

 
 
Comments