Rojak Daily Logo

Joe Flizzow Kini Mahasiswa Universiti Harvard

0
comments
Joe Flizzow Kini Mahasiswa Universiti Harvard

Menerusi laman Instagramnya, rapper terkenal Malaysia, Joe Flizzow, telah berkongsi berita yang dia kini telah menyambung pengajiannya di Harvard Business School di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Apa yang dikhabarkan, Joe mengikuti kursus pendek dalam pengajian muzik dan begitu gembira kerana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran disitu. Peminat-peminatnya juga tidak henti-henti menyokong kerjaya seni Joe dan yang terkini, pengajiannya.
 

Joe berkongsi kegembiraan bersama gambar-gambarnya di dalam kuliah pengajian, bersama teman kuliah, bersama profesornya dan juga gambar bersama penyanyi LL Cool J yang turut ditemuinya disana.

Kami di Rojak Daily ingin mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow dan semoga impiannya untuk bergelar siswasah di universiti terbaik dunia itu berjalan lancar dan tercapai.

 
 
Comments