Rojak Daily Logo

"Jika Ada Visa, Ia Tidak Melalui Tabung Haji"

0
comments
Tabung Haji menyangkal dakwaan memberi kelulusan 'segera' pada seorang artis tempatan. (Gambar: neelofa - Instagram)
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan hari ini menyangkal dakwaan memberi kelulusan menunaikan haji kepada seorang artis tempatan selepas sebulan mendaftar haji di agensi itu.

Pihak TH juga menyatakan mereka sedia maklum dan mempertimbangkan rayuan artis terbabit mengikut garis panduan sedia ada. Namun, tiada kelulusan diberikan kepadanya.

Sebaliknya, jika artis terbabit mempunyai visa haji, ia adalah tidak melalui TH. Dalam pada itu, TH menyatakan pihaknya sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran ditentukan melalui proses tapisan berperingkat mengikut kriteria ditetapkan.

Merujuk laporan Bernama, TH memohon isu berkenaan tidak disensasikan agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit mereka. Selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini dilaporkan media akan menunaikan haji bersama ibu bapanya.
 
 
 
Comments