Rojak Daily Logo

Nora Danish Pilih Bali Destinasi Persandingan

0
comments
Nora Danish Pilih Bali Destinasi Persandingan
Nora mahu majlis persandingan diadakan secara sederhana. (Gambar: noradanish - Instagram dan grandastonbali)

Pelakon jelita, Nora Danish memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi majlis persandingannya bersama kekasih hati, Nedim yang dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini.

Nora yang yang popular menerusi drama sitkom Puteri, menyatakan dia sememangnya mempunyai impian mengadakan majlis perkahwinan di tepi pantai dan menyukai Bali yang terkenal sebagai pulau percutian dunia. Namun, Nora belum menetapkan tarikh hari akad nikah dan bersanding.

Nora Danish | Rojak Daily
Nora mempunyai impian mengadakan majlis perkahwinan di tepi pantai. (Gambar: noradanish - Instagram)

Tambahnya, dia mahu mengadakan majlis tersebut secara sederhana dan menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa mereka sebenarnya sudah berkahwin selepas foto bersama dimuat naik menerusi Instagram pada Aidilfitri lalu.

Nora juga menyatakan pihak yang membuat dakwaan itu boleh bertanya pada pejabat agama untuk kepastian lanjut, seperti mana dilaporkan Harian Metro.

 
 
Comments