Rojak Daily Logo
Back to top

"Terguris Hati Bila Ada Yang Panggil Saya Hantu" - Dalimawati

Adab mana adab?

0
comments
Bergurau pun ada batasnya bukan? (Gambar: Astro/Budiey)
Impak filem Hantu Kak Limah (HKL) terhadap industri perfileman memang besar! Sehingga kini HKL telah mengutip RM35 juta dalam tempoh 24 hari, sekali gus menjadikan ia filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini.

Perlu diingatkan tayangan masih berjalan di 130 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. (Ateee, pergilah nonton kome)

Namun dalam kita meraikan kejayaan filem ini, pelakon utamanya Dalimawati Ismail terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah peminat hingga ada yang mengguris hatinya.

Siapa yang berani buat Kak Limah marah ni?
Menurut Dalimawati, dia sebenarnya tidak kisah dipanggil Hantu Kak Limah kerana itulah watak yang sinonim dengannya. Namun jelasnya, janganlah sesuatu panggilan itu menjadikannya rasa tidak selesa.

“Baru-baru ini di Muar, ada orang tiba-tiba memanggil saya hantu! Siapa tidak naik angin, kawan saya dengar pun dia sekali marah.

"Kalau hantu kak limah saya fahamlah, tapi hantu tu saya rasa tidak senang. Terguris hati saya,” katanya yang sudah berada dalam industri lebih 30 tahun.
 
Ditanya mengenai gelaran heroin filem nombor satu di Malaysia, Dalimawati berkata, dia bersukur kerana usahanya dihargai penonton.

“Saya rasa berbaloi walapun terpaksa bertomoi, digantung sana sini dan bersolek seperti hantu. Kalau ada lagi Hantu Kak Limah, mungkin saya akan pertimbangkan, namun buat masa ini belum ada kata putus dari Mamat Khalid,” katanya ketika ditemui pada majlis 'Together-getherHantu Kak Limah' di Berjaya Times Square Hotel semalam.


 
 
 
Comments