Filem Sebelum Iblis Menjemput Bakal Buat Penonton Malaysia Mimpi Buruk

“Dia akan datang! Tak ada satu pun tempat yang aman untuk berlindung.”


  • Share:

Filem Sebelum Iblis Menjemput Bakal Buat Penonton Malaysia Mimpi Buruk

Setelah berjaya membuatkan penonton di Indonesia mengalami igauan buruk pada 9 Ogos yang lalu, filem seram, Sebelum Iblis Menjemput (SIB) kini bakal menghantui peminat di Malaysia pada 20 September ini.

Filem seram terbaru Indonesia.

Hasil garapan sutradara terkenal, Timo Tjahjanto, SIB dibarisi oleh pelakon utama, Chelsea Islan dan Pevita Pearce.

 

Diklasifikasi sebagai amat seram apatah lagi dengan kemunculan sosok hantu cukup mengerikan, filem ini turut dilakonkan oleh Samo Rafael, Karina Suwandi, Ruth Marini dan Ray Sahetapy.

 Dua pelakon utama, Chelsea Islan dan Pevita Pearce.

Mengangkat simbolik; “Dia akan datang! Saat ia datang, tak ada satu pun tempat yang aman untuk berlindung.” Justeru, dua kalimat itu digambar amat bertepatan terhadap emosi penonton saat menyaksikan sendiri kengerian sang iblis melakukan kejahatan terhadap golongan manusia.

 

Sekalung pujian harus diberi buat pelakon utama, Chelsea yang nampak sangat natural dalam mengendong wataknya sebagai Alfie.

 Bakal undang mimpi ngeri penonton.

Bahkan, kerja keras Pevita Pearce sebagai Maya sehingga harus beradegan mandi lumpur di hutan dalam cuaca sejuk menusuk juga wajar dibanggakan.

 

SIB akan berada di pawagam berhampiran anda, 20 September ini. Ingat, dia akan datang!

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top