Rojak Daily Logo
Back to top

Kerana Paskal Muka Koyak, Gegendang Telinga Pecah Pun Ammar Alfian Tak Ada Hal!

Lain macam semangat Ammar ni! Salute!

0
comments
Kerana Paskal Muka Koyak, Gegendang Telinga Pecah Pun Ammar Alfian Tak Ada Hal!
Pelakon Ammar Alfian akui mengalami kecederaan yang agak serius ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah pada pertengahan tahun ini.

Ammar ketika ditemui Rojak Daily Kaw! memberitahu, kesilapannya ketika melakukan pergerakan aksi mengundang padah apabila cedera di bahagian kanan muka.

Ammar Alfian dibawa keluar dari set penggambaran untuk rawatan

“Muka saya di sebelah kanan koyak, gegendang telinga pecah dan leher juga cedera. Saya mungkin buat silap ketika terjun dari pelantar minyak yang ketinggiannya lebih kurang pangsapuri tujuh tingkat.

“Apapun saya bersyukur kerana kecekapan anggota Paskal yang ada di tempat penggambaran, saya selamat,” katanya.

Tahan sakit...Ammar Alfian teruskan penggambaran selepas mendapatkan rawatan

Ammar ditemui ketika majlis sidang media Paskal di GSC Signature, The Gardens pada petang Selasa.

Tambah Ammar, walaupun kecederaan dialami masih belum pulih sepenuhnya dia tetap komited meneruskan penggambaran.

“Muka saya yang lebam dan bengkak terpaksa disolek untuk menjaga konti. Saya sendiri tidak pasti daripada mana datangnya semangat dan kekuatan untuk teruskan juga berlakon, sebaik sahaja selesai rawatan.

Wajah Ammar terpaksa disolek untuk menjaga konti

“Lagi pula, menurut anggota Paskal, latihan yang kami lalui hanyalah lima hingga sepuluh peratus sahaja daripada latihan sebenar.

“Jadi apalah sangat kecederaan yang saya alami kerana itu adalah ‘biasa’ untuk anggota Paskal. Saya pula, demi Paskal ...teruskan juga dan surprisingly, saya enjoy melakukannya!,” ujar Ammar ketika berkongsi cabaran ketika menjalani penggambaran filem aksi arahan Adrian Teh itu.

 

Dalam pada itu, Ammar turut berkongsi pengalaman paling menakutkan apabila mengetahui lokasi penggambaran mereka di Semporna merupakan 'kawasan panas'. 

"Saya dan Hairul tak tahu apa-apa pada mulanya sebab kru pun senyap sahaja, walaupun mereka sudah dimaklumkan lebih awal.

“Selepas tahu hal sebenar, perasaan takut tu datang serta-merta. Kami difahamkan lokasi pelantar minyak tempat kami menjalani penggambaran itu dekat dengan Fillipina.

Hairul Azreen dan Ammar gerun bila dapat tahu lokasi penggambaran sering menjadi sasaran lanun

“Sepanjang berada di sana, saya dan Hairul sentiasa diiringi ‘bodyguard’, kerana faktor keselamatan. Pengalaman berharga ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya sambil mengucapkan syukur kerana tidak berlaku perkara tidak diingini.

Filem Paskal arahan Adrian Teh diinspirasikan dari kisah benar pembabitan Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.



Karya menelan kos pembikinan sebanyak RM10 juta itu turut memaparkan kejayaan PASKAL dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998.

Filem yang turut dibintangi Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifulllah, Theeban G dan Hafizul Kamal akan menemui penonton di pawagam pada 27 September ini.
 
 
 
Comments