CLOSE
CLOSE

“Salah Ke Mengandung Gemuk!” – Almy Nadia

Janganlah sampai orang hamil pun jadi bahan kutukan.


  • Share:

“Salah Ke Mengandung Gemuk!” – Almy Nadia
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal kerana masih lagi pihak yang mempersoalkan bentuk tubuhnya yang berisi kerana hamil anak ketiga.

Almy memuat naik kapsyen tersebut menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Almy, dia terkedu apabila menerima kritikan negatif terhadap bentuk badannya yang kini hamil enam bulan.
Almy Nadia kesal jadi bahan kutukan.
“Kalau korang jadi tempat kami apa korang rasa yerk!!! Memang zaman sekarang semua nak yang kurus mulus, walaupun mengandung, lepas bersalin ka. Kalau korang di tempat kami apa yang korang akan jawab yerk. Kami tak tahu nak jawab atau cakap apa terkedu sat,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya meminta Almy tidak mempedulikan kritikan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang turut bercerita dan berkongsi pengalaman sama seperti yang dialami oleh Almy.
 
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2 serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top