Rojak Daily Logo

Mira Filzah Kongsi Kegembiraan Sambut Ramadan di Tanah Suci Mekah

0
comments
Mira Filzah Kongsi Kegembiraan Sambut Ramadan di Tanah Suci Mekah

Pelakon dan pengacara manis, Mira Filzah, kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama dengan ibu bapanya. 

Menerusi gambar Instagramnya, jelas terpancar kegembiraan Mira menyambut Ramadan di tanah suci Mekah dan ternyata bersyukur dengan peluang dan kesempatan yang diberikan ini. 

Kami yang melihat gambar-gambar Instagram Mira juga cukup tertarik dan teruja melihat suasana mereka yang beribadat sekaligus menyambut Ramadan disana. Mira turut berkongsi menu dia dan ibu bapanya berbuka puasa. 

Semoga perjalanan ibadat Mira dan keluarganya dipermudahkan dan selamat kembali ke tanahair kelak. 

Antara gambar-gambar menarik Mira dan ibu bapanya di Mekah:

 
 
Comments