CLOSE
CLOSE

Naahhh, 15 Hari Hantu Kak Limah Raih RM27.5 Juta!

Dinobatkan filem hiburan sekeluarga.


  • Share:

Naahhh, 15 Hari Hantu Kak Limah Raih RM27.5 Juta!
Foto: Astro Shaw

Filem Hantu Kak Limah (HKL) terus menerima sambutan menggalakkan daripada penonton. Ini dibuktikan dengan kejayaan kutipan pecah panggung RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari.

  Delimawati sebagai Kak Limah.

Dibintangi Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida, filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini bukan sahaja telah memecah rekod kutipan paling tinggi di Malaysia, malah turut menjadi penanda aras baru dalam industri perfileman negara.

 

Pihak Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim tidak menjangkakan filem ini akan mencapai kejayaan luar biasa dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana mempercayai naskhah tempatan, sekali gus mengangkat HKL mampu bersaing dengan filem luar negara bagi pasaran Malaysia.

  Antara detik mencuit hati.

Malah, HKL turut meriah diperkatakan di laman sosial oleh penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang terhibur dengan naskhah ini. HKL masih rancak ditayangan di 147 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura dan ada yang menobatkan filem ini sebagai filem hiburan sekeluarga.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top