CLOSE
CLOSE

"Selagi Selesa, Selama Itulah Kami Akan Bersama" -Amylea & Kaer

Suka tengok Amylea dan Kaer bersama


  • Share:


Penyanyi duo Kaer Azami, 33, dan Amylea Azizan, 32, menjawab soalan netizen tentang hubungan akrab mereka berdua.

Keakraban mereka mula menjadi tanda tanya netizen selepas sering kelihatan bersama, lebih-lebih lagi apabila single Tak Pernah Hilang menjadi siulan ramai.

“Ya, kami serasi bersama. Selagi kami selesa dan peminat masih menyokong gandingan kami, selagi itulah kami akan terus kekal sebagai penyanyi duo.



“Lagipun untuk mencari pasangan duet lain agak sukar kerana kami sudah lama bersahabat sejak dari zaman Akademi Fantasia (AF),” kata Kaer dan Amylea.

Sementara itu tambah Amylea, dia juga tidak pernah terfikir untuk cuba bekerjasama dengan rakan duet baru.

“Saya mungkin akan kembali menyanyi secara solo jika Kaer tidak mahu lagi berduet dengan saya. Sebab menyanyi duet bukan mudah, vokal perlu serasi.

Serasi bersama...Amylea dan Kaer disangka bercinta

“Saya akui tidak senang untuk berada pada tahap sekarang kerana selepas 13 tahun baru bakat nyanyian saya menjadi perhatian,” katanya.

Dalam pada itu bagi Kaer, peluang bekerjasama dengan Amylea memang sudah lama dinanti.

“Kami sama-sama ambil masa yang lama untuk lagu kami diterima. Bakat kami akhirnya orang nampak. Saya selesa bergandingan dengan Amylea dan buat masa ini tidak terfikir lagi untuk bergerak solo.

Kaer tidak terfikir untuk mencari rakan duet lain

“Saya berterima kasih kepada pendengar yang suka akan gandingan kami,” katanya ketika ditemui Rojak Daily Kaw!

Single Tak Pernah Hilang mendapat perhatian ramai selepas menjadi lagu tema drama Nur di TV3 pada Ramadan lalu.

Perkembangan lain, Amylea dan Kaer bakal tampil bersama persembahan khas, Amylea X Kaer: Chapter Three Showcase.

Amylea terharu bakatnya dihargai


Showcase tersebut bakal berlangsung di pusat hiburan terkenal di ibu kota, Hard Rock Cafe, pada 26 Ogos ini.

Amylea dan Kaer masing-masing teruja untuk menjayakan persembahan tersebut, tambahan lagi itu showcase pertama mereka yang merupakan sahabat baik.

"Kami kurang aktif di televisyen jadi, rasanya showcase ini nanti adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat mahupun penggemar muzik.

"Menerusi showcase ini, kami juga ada slot sendiri selain segmen duet. Kami juga akan buktikan kepada orang yang mempertikai kemampuan kami menyanyi secara live,” ujar mereka.

Dua sahabat baik...Teruja berandingan dalam showcase buat pertama kali

Tambah Amylea dan Kaer, showcase Amylea X Kaer: Chapter Three adalah tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong Tak Pernah Hilang sehingga mengungguli beberapa carta lagu tanah air.

Video muzik rasmi Tak Pernah Hilang, sudah pun meraih lebih 6.5 juta tontonan, sejak dimuat naik ke laman YouTube pada 17 April lalu.

Kepada yang ingin menonton persembahan mereka, tiket dijual pada harga RM56 dan boleh ditempah dengan menghubungi talian 011-11513683.
 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top