CLOSE
CLOSE

Konsert Cipta Kejayaan Luar Biasa, 16 Baris Bakal Ada Musim Kedua

Do it for the culture!


  • Share:

Konsert Cipta Kejayaan Luar Biasa, 16 Baris Bakal Ada Musim Kedua
Selepas kejayaan luar biasa dalam dua siri konsert sebelum ini, program 16 Baris yang dicipta Joe Flizzow bersama Rocketfuel Entertainment bakal diteruskan untuk musim kedua.

Kepada yang mungkin belum pernah menonton, 16 Baris ialah program mingguan yang ditayangkan di saluran Youtube dengan menampilkan barisan artis yang cukup terkenal di arena hip hop dari dalam dan luar negara.



Sambutan hangat yang diberikan penonton kepada program ini telah membawa kepada dua siri konsert yang berlangsung pada 14 April dan 11 Ogos lalu.

Bukan program yang ditayangkan di YouTube sahaja yang mendapat sambutan hangat, tetapi showcase pertama 16 Baris turut mencetuskan kontroversi, apabila venue acara tersebut dikatakan tidak dapat menampung kehadiran lebih 3,000 peminat hip hop! Fuh!

Mana tidaknya, penganjur sendiri tidak menjangka ribuan peminat akan hadir pada showcase tersebut kerana pada mulanya mereka hanya menyasarkan 500 penonton sahaja bakal mengunjungi The Bee, Publika.

Permohonan maaf daripada Joe Flizzow, Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment

Melihat kepada kejayaan dan sambutan luar biasa peminat hip hop pada acara tersebut, 16 Baris telah mengadakan konsert kedua dalam skala lebih besar pada 11 Ogos lalu.

Diadakan di Kompleks Tennis Jalan Duta, Konsert 16 Baris berjaya menghimpunkan 5,000 peminat genre hip hop yang sanggup berhibur dalam persembahan hampir 6 jam.



Menariknya, konsert 16 Baris bukan sahaja berjaya mengumpulkan seramai 45 penyanyi hip hop dari dalam dan luar negara, tetapi ia turut mencipta sejarah buat peminat kerana dapat berkumpul meraikan sambutan Hip Hop ke-45 serta ulang tahun Tune Talk ke-9.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tune Talk, Ameen Amaendran berkata, Konsert 16 Baris 2018 menjadi hadiah hari jadi buat semua apatah lagi meraikan ulangtahun ke-9 dalam operasi syarikat telekomunikasi itu.

"Kami sentiasa menyokong industri muzik tempatan dan hip hop sangat berkembang di Malaysia," katanya.



Istimewanya lagi mengenai konsert tersebut, ia berjaya mengumpul semua artis yang pernah beraksi dalam siri 16 Baris di Youtube untuk membuat persembahan. Awesome!

Sebagai satu pencapaian, kerjasama Tune Talk bersama 16 Baris akan merangkumi musim kedua siri ini di YouTube.

Joe Flizzow sukses mengendalikan Konsert 16 Baris, 11 Ogos lalu
 
Malah, Tune Talk mempunyai perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan di peringkat rantau Asia Tenggara seiring fokus 16 Baris untuk menjadi peneraju genre hip hop.

Setiap episod 16 Baris menampilkan tiga penyanyi rap sehingga 45 penyanyi untuk 15 episod di mana episod pertama dilancarkan pada penghujung tahun lalu manakala episod akhir untuk musim pertama berakhir pada Mac lalu.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top