Setelah 13 Tahun, Filem Gol & Gincu Vol. 2 Kembali - Hanya Dua Pelakon Asal Dikekalkan

Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama.


  • Share:

Setelah 13 Tahun, Filem Gol & Gincu Vol. 2 Kembali - Hanya Dua Pelakon Asal Dikekalkan

Masihkan anda teringat pada filem pertama Gol & Gincu sekitar tahun 2005 dulu? Kini filem yang sama diterbitkan semula dan diberi judul Gol & Gincu Vol. 2.
 

Memperkenal barisan pelakon baru seperti Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan ramai lagi, Gol & Gincu Vol. 2 turut mengekal dua watak lama iaitu Sharifah Amani sebagai Jijie dan Sazzy Falak sebagai Sasha.

Poster filem Gol & Gincu Vol. 2

Menurut penerbit filem, Lina Tan ketika ditemui di majlis pelancaran filem itu semalam, "walaupun kami mengambil masa 13 tahun untuk menerbitkan semula filem ini namun inilah masa yang tepat kerana saya benar-benar mahu menghasilkan semula filem tempatan dengan watak utama wanita yang kuat. Kami ingin meraikan kepelbagaian dan elemen memperkasakan wanita cukup menonjol dalam filem ini."

 Diana Danielle sebabagi Zack.

Gol & Gincu 2 memaparkan kisah pelajar universiti yang terlalu mementingkan diri sendiri dan dunia mereka sahaja. Namun kisah edisi 2018 ini sedikit berbeza apabila menampilkan isu penggunaan media sosial yang serius dalam kalangan generasi muda.

 

Diilhamkan oleh penlis asal filem Gol & Gincu, Rafidah Abdullah, Gol & Gincu Vol. 2 turut mendapat sentuhan segar oleh novelis terkenal, Nadia Khan. Filem ini merupakan arahan sulung Umi Salwana Omar yang sebelum ini pernah mengarah sitkom popular Oh My English! dan penolong pengarah bagi filem Istanbul Aku Datang, Songlap dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

 Syafiq Kyle antara penyeri filem Gol & Gincu 2

Gol & Gincu Vol. 2 mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza. Filem ini akan berada di pawagam pada 25 Oktober 2018.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top