Rojak Daily Logo
Back to top

"Bila Andi Disingkirkan, Saya Berharap Datuk Siti atau Faizal Tahir Lakukan Sesuatu" – Ernie Zakri

Ernie kecewa Andi disingkirkan, jangka ke final

0
comments
Guru vokal Big Stage, Ernie Zakri mengakui terkilan apabila Andi Bernadee diumumkan sebagai bintang kedua tersingkir daripada program realiti tersebut.

Malah menurut Ernie, dia sangat berharap juri profesional Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Faizal Tahir melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Andi.

Ernie mengharapkan juri profesional melakukan 'sesuatu'...

“Saya dah bersama bintang Big Stage dalam kelas vokal lebih tiga minggu dan sepanjang tempoh tersebut saya nampak kemajuan mereka.

“Sungguh saya masih terkejut apabila Andi Bernadee yang tersingkir kerana saya rasa ada pelajar lain yang sepatutnya meninggalkan Big Stage.

“Terus-terang, saya mengharapkan Datuk Seri Siti atau Faizal Tahir melakukan sesuatu untuk Andi tadi, tetapi nampaknya sudah tertulis rezeki Andi tertulis setakat itu,” katanya kecewa.

Andi Bernadee mangsa undian penonton?

Tambah Ernie, dia mempunyai sebab berkata demikian bukan kerana pilih kasih atau menganggap bintang lain tidak bagus.

“Tak ada unsur pilih kasih. Langusung tak ada! Saya melihat progress Andi dari minggu ke minggu dan ia sangat-sangat baik.

Andi percaya pada rezeki

“Kesungguhan Andi di dalam kelas juga antara sebab persembahan dia pada malam ini (Ahad) sangat bagus dan menunjukkan peningkatan ketara minggu ke minggu.

“Saya menjangkakan Andi akan kekal sehingga ke pentas final. Saya kecewa, tetapi sudah adat bertanding, walaupun nampak kejam.

“Apa pun saya akan terus memberikan sokongan kepada Andi kerana tidak mahu membiarkan bakat yang ada pada dirinya sia-sia,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie mendoakan agar Andi terus maju jaya dan percaya ada rezeki yang lebih luas buat penyanyi berbakat besar itu selepas Big Stage.

Persembahan memukau Indah Ruhaila dan Andi

Pada konsert ketiga yang berlangsung malam tadi, Andi yang menyanyikan lagu duet Takkan Pernah Hilang nyanyian Kaer & Amylea disingkirkan selepas memperolehi markah terendah TikTok, sebanyak 9.59%.

Andi menjadi peserta dikedudukan tiga terendah dengan peratusan sebanyak 74.33%, bersama Tajul yang memperolehi 72.6% dan Afieq Shazwan 73.53% markah daripada juri.

Selamat tinggal Andi, kami sambung perjuangan anda!

Minggu keempat bakal menyaksikan 8 bintang Big Stage berentap dengan tugasan bertemakan, Cover Tapi Bukan Aku.

Program yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
 
 
Comments