Rojak Daily Logo
Back to top

“Kome Cakaplah Apa Pun, Abang Terima” – Mamat Khalid

Positif atau negatif, semuanya membina. Mamat Khalid tak kecil hati

0
comments
“Kome Cakaplah Apa Pun, Abang Terima” – Mamat Khalid
Pengarah Hantu Kak Limah (HKL), Mamat Khalid mengakui tidak ambil hati dengan komen sesetengah individu yang meletakkan filem tersebut ke tahap hiburan kosong semata-mata.

Mamat Khalid ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! berkata, setiap individu bebas memberikan pendapat masing-masing kerana selera setiap penonton tidak sama.

Entri yang mendapat perhatian netizen dan diretweet lebih 7,000 kali.

“Sejak berada di dalam industri ini dari tahun 2004 lagi, pelbagai bentuk manusia pengkaji dan pengulas filem tempatan yang saya temui.

“Masing-masing dengan idealogi sendiri. Saya sentiasa akur dengan pendapat dan pandangan mereka,” katanya.

Kutip RM9 juta selepas 4 hari tayangan

Terdahulu portal berita mStar Online ada melaporkan berita bertajuk, Penonton keliru, ‘Pulang’ berkualiti kutip RM1 Juta, hiburan kosong ‘HKL’ kaut RM9 juta.

Portal tersebut melaporkan berita tersebut selepas posting seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai @meishelmie, mengenai HKL di Twitter menjadi viral.

"Laporan yang sangat baik daripada portal berita mStar Online. Jangan baca tajuk sahaja." - Mamat Khalid

“Tidak adil untuk orang di luar sana menilai tajuk pada sesebuah laporan berita kerana, yang penting adalah isinya...bukan headline semata.

“Lagi pula penulis melaporkan tentang pendapat seorang penonton terhadap filem saya. Saya sudah baca dan laporannya sangat baik.

Mamat Khalid positif

“Apa sahaja headline berita yang ditulis, kita sepatutnya memberi ruang dengan membaca isi kandungannya terlebih dahulu, fahami apa yang cuba disampaikan penulis.

“Pembikin filem juga tidak seharusnya cepat melatah kerana kita juga mengharapkan ruang bagi karya kita dipertontonkan sebaiknya sebelum diuji,” katanya positif.

Ditanya mengenai sambutan luar biasa penonton terhadap HKL, Mamat Khalid bersyukur karyanya diterima ramai.

Hantu Kak Limah Mega Fans Screening di IOI City Mall, Putrajaya, pada 8 Ogos lalu

“Petanda positif untuk saya kerana rupanya ramai yang sudah mula memahami cara saya. Terima kasih kepada yang tidak berhenti ketawa sepanjang menonton HKL.

“Komen positif atau negatif, kome cakaplah apa pun...abang terima,” ujarnya positif.

Francais keempat Kampung Pisang yang diterbitkan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu masih ditayangkan di pawagam seluruh negara.
 

Selepas menawan Selatan tanah air minggu lalu, HKL bergerak ke Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini sehingga Ahad.

Pelakon HKL juga akan membuat kejutan kepada penonton di, GSC Amanjaya (Sungai Petani, Kedah) malam ini, dan di Pulau Pinang pada Sabtu di GSC Sunway Karnival, GSC Queensbay, TGV Bukit Mertajam, MMC Bukit Jambul dan TGV 1st Avenue Mall
.
Sementara Ahad, rombongan HKL akan ke Perak bertemu penonnton di TGV AEON Mall Taiping, TGV AEON Mall Klebang, GSC Ipoh Parade, TGV AEON Mall Kinta City dan TGV Station 18.

HKL dibintangi oleh Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Delimawati, TJ Isa, Allahyarham Rab Khalid serta turut menampilkan cameo seperti Erra Fazira, Datuk Seri Vida, Mus May, Sabri Yunus dan Jue Aziz.



HKL telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta sehingga tayangan pada 12 Ogos.

Kutipan tersebut telah menjadikan HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan.

[[BACA: Sakit Jantung, Pernah Masuk ICU Bukan Alasan Mamat Khalid Berhenti Mengarah]]
 
 
Comments