CLOSE
CLOSE

“Dah Puas Hati Kau Lukakan Hati Ini? Puas?” – Amir Masdi

Chill Amir, Bunga Bukan Sekuntum!


  • Share:

“Dah Puas Hati Kau Lukakan Hati Ini? Puas?” – Amir Masdi
Bekas juara Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Masdi, menerusi laman sosial Instagram (IG), meluahkan perasaannya terhadap individu yang tidak berpuas hati kepadanya.

Gara-gara posting tersebut ada peminat yang menyangka Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, sedang kecewa kerana putus cinta.

Gara-gara posting ini, ramai yang menyangka Amir putus cinta

Bagaimanapun, segalanya terjawab selepas penyanyi berbakat besar itu melancarkan single terbaru berjudul Puas baru-baru ini.

Single berkonsepkan balada pop karya penuh Ayden Ali bersama Ikhwan Fatanna itu menceritakan kisah patah hati sepasang kekasih.

Amir ketika majlis pelancaran single dan muzik video puas di Red Box Karaoke, The Gardens, Selasa lalu

Puas turut mendapat sentuhan muzik gubahan komposer terkenal Omar K yang juga bertindak sebagai penerbit rakaman.

Lebih setahun menyepi tanpa karya terbaru, Amir Masdi memberitahu, dia mengambil masa yang lama untuk memilih lagu yang sesuai.

Amir tidak pernah putus asa

“Saya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan lagu. Saya percaya keserasian antara lagu dan penyanyi, sebab itu saya ambil masa untuk meneliti dan memilih lagu yang benar-benar sesuai dengan ciri vokal saya.

“Tetapi bila sudah jumpa lagu yang saya suka, tanpa berlengah lagi saya terus masuk studio rakaman. Lagu ‘Puas’ ini saya terima pada bulan Ramadhan yang lalu dan selesai rakaman sebelum raya.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, video muzik pun sudah selesai penggambaran”, katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Puas buah tangan terbaik Amir

Tambah Amir, dia gementar menanti penerimaan pendengar muzik tempatan berharap Puas mendapat sambutan yang lebih baik daripada lagu-lagu nyanyiannya terdahulu.

“Dua single saya yang terdahulu membantu menempatkan nama saya dalam industri muzik tempatan. Saya akan membina di atas tapak ini untuk mengukuhkan lagi kedudukan saya dalam industri.
 
“Apa yang penting, saya harus terus berikan karya yang terbaik kepada pendengar. Harapnya pertaruhan saya kali ini dapat mencuri perhatian peminat muzik di luar sana,” ujarnya.

Pernah kecewa...Bangkit semula dengan Puas

Untuk meraikan peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya, Amir telah mengajak mereka berkongsi kisah patah hati di IGnya.

“Tiga pemenang dengan kisah patah hati terbaik telah mendapat peluang khas untuk mengabadikan kisah patah hati mereka dalam rakaman video mereka sendiri yang dimuat naik ke saluran YouTube Nova Music Videos”, katanya.  



Sementara itu, Pengarah Urusan Nova Music (M) Sdn. Bhd., Rosmin Hashim berkata Puas merupakan single terbaik daripada Amir Masdi sepanjang kerjayanya dalam industri muzik tempatan.

Single Puas kini boleh didengari di semua pelantar digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, Deezer dan juga KKBox. Video muzik rasmi ‘Puas’ juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.
 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top