CLOSE
CLOSE

Baru Empat Hari Tayangan, Hantu Kak Limah Dah Kutip RM9 Juta!

Hantu Kak Limah, filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan.


  • Share:

Baru Empat Hari Tayangan, Hantu Kak Limah Dah Kutip RM9 Juta!
Filem Hantu Kak Limah sekali lagi berjaya memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM 9 juta sehingga tayangan pada 12 Ogos.

Rekod ketiga ini menjadikan filem Hantu Kak Limah sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan.

Terdahulu HKL mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos lalu, sekali gus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Malah jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, peminat dan penonton di Singapura pula boleh menonton di pawagam berhampiran bermula 16 Ogos ini.

 

Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton, rakan media dan pihak pawagam di atas sokongan terhadap filem ini.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top