CLOSE
CLOSE

“Planet Mawi Impian Saya...Bukan Ikut Trend Atau Meniru” - Mawi

Mawi mengorak langkah, teroka platfom digital


  • Share:

“Planet Mawi Impian Saya...Bukan Ikut Trend Atau Meniru” - Mawi
Pelakon, penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi, mengorak satu lagi langkah dalam bidang penyiaran apabila mengendalikan program live sendiri melalui laman sosial Facebook (FB).

Mawi ketika ditemui Rojak Daily Kaw! berkata, dia mewujudkan planet Mawi bukan kerana trend atau meniru rakan artis lain, sebaliknya sudah merancang mengenainya sejak lima tahun lalu.

Planet Mawi...Impian Mawi jadi kenyataan

“Saya sudah lama merancang untuk ada program live sendiri dan sepatutnya Planet Mawi ialah program TV tetapi disebabkan beberapa masalah seperti penajaan, saya terfikir mengapa tidak menggunakan platfom digital.

“Tiada isu Planet Mawi meniru rakan-rakan artis lain atau ikut trend ‘orang ada saya pun nak ada’...Kalau kita lihat, zaman sekarang ini digital sedang berkembang dengan pesat, jadi kita bergerak mengikut arus.

'Orang kuat' Planet Mawi...Dari kiri: Oja, Mawi dan Anas

“Lagi pun, ini memang impian saya, ingin memiliki program sendiri,” katanya.

Tambahnya, Planet Mawi akan bersiaran selama 45 minit dan mengetengahkan pelbagai isu yang tidak ada di platfom lain.

“Planet Mawi program santai tetapi diselitkan dengan mesej positif dan bermanfaat kepada penonton,” ujarnya.

Bersiap sedia!

Planet Mawi akan mula bersiaran secara langsung setiap Jumaat, dari Ladiesfoto Studio, Petaling Jaya, bermula malam ini, pukul 9.30 malam di FB.

Selebriti pertama yang menkadi tetamu undangan Planet Mawi malam ini ialah pelakon Johan As’ari.

Selain Mawi, rakan penyampai Zayan, Anas Tahir bersama pemuzik, Oja Tunable Band turut bersama menjayakan program terbitan Mawi World Entertainment dengan kerjasama Teddy Rox FIlm itu.




 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top