Rojak Daily Logo
Back to top

Lama Tak 'Mengekek' Dalam Wayang, Ini 8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Filem Kak Limah

Kak Limah berjaya mengokak semua penonton!

0
comments
Lama Tak 'Mengekek' Dalam Wayang, Ini 8 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Filem Kak Limah
Rugi kalau tak tonton filem baru Kak Limah ini. (Gambar: Astro Shaw)
Sebaik mengetahui Hantu Kak Limah (HKL) akan kembali ke layar perak, saya antara ribuan penonton yang teruja. 

Penangan hebat filem pertama pada 2010, sehingga kini meninggalkan kesan. Anda boleh bacanya di sini, Throwback! Lima 'Punchline' Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Namun lapan telah berlalu dan akhirnya muncul lagi filem terbaru HKL! Ia telah pun mula ditayangkan dan apa yang boleh saya katakan kita beruntung kerana masih ada pengarah seperti Mamat Khalid.

Sebelum anda mengekek di pawagam, apa kata anda baca dulu fakta spoiler menarik filem ini.

#1 PASTIKAN ANDA TIDAK KESEORANGAN DI RUMAH SELEPAS MENONTON HKL

Senyum pun dah seram!
Jika menonton filem pertama, semua tahu Kak Limah sebenarnya adalah manusia. Namun untuk filem kali ini Kak Limah adalah satu entiti berbeza yang jauh lebih seram.

Jelmaannya berkeliaran mengganggu penduduk Kampung Pisang. Lebih ganas dan brutal berbanding dulu dan disebabkan itu, mood filem ini kelihatan lebih seram berbanding yang pertama. 

Daripada penampilan ala 'beyonce' Kak Limah, sehinggalah bunyi latar yang digunakan, semuanya membantu menaikkan mood seram.

Hantu tidak boleh jejak tanah yer!
Apa yang lebih saya suka, Mamat Khalid tidak membuatkan penonton menunggu lama untuk melihat kemunculan hantu Kak Limah. Tanpa membuang masa Mamat Khalid terus memanaskan penonton dengan adegan-adegan seramnya.

Saya sendiri terkejut beberapa kali (Speaker Dolby Atmos terlalu kuat barangkali). Malah kedengaran juga rungutan penonton yang takut pulang ke rumah seorang diri.

Adegan menonggeng untuk melihat HKL juga walaupun agak seram walaupun sebenarnya kelakar. Itu semua kepercayaan dan petua orang dulu-dulu.

#2 LAMA TAK GELAK SAMPAI BERGEGAR PANGGUNG

Siapa sangka Zul Ariffin boleh melawak.
Apa yang boleh saya katakan, Mamat Khalid tetap hebat dalam menghasilkan filem komedi. Lawak bersahaja, tidak terlalu dibuat-dibuat dan punchline tepat pada masanya. 

Memang padu, sampai histeria satu panggung terutamanya ketika adegan di klinik, lakonan Ropie yang saya akan sentuh pada point seterusnya. Seriously riuh satu panggung! 

Malah, siapa sangka Zul Ariffin boleh melawak dan menari! Kalau filem pertama ada lagu Soley Soley, filem ini juga ada adegan sebegitu, langsung tak dijangka!

#3 MAN OF THE MATCH, ROPIE DAN SHARWANI

Punchline demi punchline.
Ramai bertanggapan dua individu ini telah outshine Hussin lakonan Datuk Awie, tetapi apalah filem Kak Limah tanpa watak Hussin bukan? Beliau merupakan penggerak filem ini (He, eh).

Namun tenaga gelak ini sememangnya banyak dihabiskan melihat telatah dan lawak punchline watak Nayan lakonan Ropie. 

“Lawa rambut Kak Limah, macam beyonce” ini hanya sebahagian dialog lawak yang anda lihat di trailer, tunggu hingga anda menonton babak di klinik. Ketika itu anda boleh lihat satu panggung dilanda histeria.

Oh, bagi golongan muda, jika anda tertanya mengapakah penonton gelak tatkala Ropie menyanyi lagu Joy, maka anda perlu tonton video di bawah.


Selain Ropie, saya sebenarnya agak suprise dengan watak Wani lakonan Sharwani. Nampak macam blur tetapi sekali dia keluar punchline, memang berdekah! Lawak merdeka tentera jepun paling saya tidak boleh lupa.

#4 KEMUNCULAN PEE MAK MALAYSIA DAN HANTU JEPUN

Rumah berhantu di tepi sungai.
Satu lagi perkara yang saya perasan, Mamat Khalid kerap memasukkan elemen-elemen daripada filem yang diminatinya.

Jika filem pertama, hantu Nang Nak buat kemunculan, namun filem terbaru ini banyak mengingatkan kita kepada filem Pea Mak terutamanya babak di rumah Kak Limah yang terletak di tepi sungai.

Satu lagi elemen adalah daripada filem P.Ramlee. Mungkin ramai sedia maklum Mamat Khalid merupakan peminat P.Ramlee, jadi tidak hairanlah di situ.

Biarpun hampir sama, saya tidak menganggap Mamat Khalid menceduk idea sebaliknya lebih kepada beliau mahu mengembalikan adegan ikonik terbabit. Lama rasanya tidak menonton filem P.Ramlee.

Ps. Teringat filem genre noir Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang.
 

#5 FILEM SERAM, TAPI CINEMATOGRAPHY LETOP!!!


Penggambaran dibuat di Taiping dan Kuala Kangsar.
Saya bukanlah pakar bab-bab ini tetapi jika satu filem itu dihasilkan dengan cantik, saya harus puji.

Paling ketara anda boleh lihat pada permulaan filem ini apabila Kak Limah, Khuda, Yeh Sekupang dan Wani menaiki sampan menyusuri sungai berhampiran rumah Kak Limah. Cantik!

Mamat Khalid membuktikan filem komedi seram tidak semestinya suram dan tidak cantik. 

#6 SAYA RESPECT DELIMAWATI, PELAKON BBNU PUN BELUM TENTU NAK MUAY THAI

Jangan ingat berlakon watak hantu senang!
Separuh jalan menonton filem ini, apa yang saya boleh katakan saya kagum dengan komitmen pelakon Delimawati.

Tidak pasti adakah orang lain perasan, tapi bagi saya dengan umur yang sebegitu, kesungguhan Delimawati menjayakan watak Kak Limah harus dipuji. 

Paling buat saya terkaku adalah ketika Kak Limah berlawan si bomoh Encik Solihin lakonan Zul Ariffin. Kalau nak lihat Kak Limah muay thai, maka inilah masanya. Ajenye 'tumpoooo' Kak Limah!
 

#7 LIMPAHAN CAMEO KELAS A

Muah, muah, muah, muahhh!
Agak istimewa sebenarnya filem ini kerana ia tidak hanya menumpukan watak utamanya semata-mata, sebaliknya ia dimeriahkan lagi dengan kemunculan khas nama-nama besar.

Mungkin anda sudah lihat Datuk Seri Vida pada trailer ini, namun selebihnya anda saksikan sendiri. Kemunculan seorang daripada watak cameo ini pasti membawa kenangan muda mudi anda.

#8 KALAU LAMA TIDAK GELAK SAKAN, PERGILAH MENONTON

Filem wajib tonton tahun ini.
Seperti yang saya katakan, Mamat Khalid tetap Mamat Khalid. Kalau anda semua sudah terbiasa dengan lawak beliau, maka ini jugalah yang disampaikan. 

Sesekali terselit sindiran-sindiran sinis dalam lawaknya. Adakalanya terlalu ketara terutama pada watak Sabri Yunos (Siapa makan cili, dialah rasa pedas).

Pada saya, filem pertama tetap evergreen kerana lawak-lawaknya masih kekal diingati hingga hari ini. Namun tidak bermakna filem terbaru ini tidak setanding yang pertama.

Keriuhan penonton yang gelak satu panggung yang macam kena rasuk membuktikan filem ini memang kelakar. Anda boleh lihat trailer filem ini terlebih dahulu.



Jika ditanya mengenai kekurangan filem ini pula mungkin tidak banyak kecuali jalan penceritaan yang adakalanya agak lambat dan ketiadaan watak-watak terdahulu.

Ini pandangan saya, apapun lama rasanya saya tidak gelak sekuat ini. Malah sejujurnya selepas bergelak sakan saya terfikir siapalah yang menggantikan Mamat Khalid jika dia tiada nanti.

Semoga Mamat Khalid diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk terus berkarya menghiburkan kita semua.

Saya beri 4/5 untuk filem Hantu Kak Limah. 
 
 
Comments