CLOSE
CLOSE

Akhirnya Diana Dahlan Akan Menemui Penonton Indonesia

Ditayangkan di 33 pawagam seluruh Indonesia.


  • Share:

Akhirnya Diana Dahlan Akan Menemui Penonton Indonesia
Foto: sukafilem

Setelah cemerlang dengan jumlah kutipan RM11 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem Dukun bakal ditayangkan di Indonesia bermula hari ini.

 

Diana Dahlan akan menemui penonton di 33 pawagam seluruh Indonesia antaranya di Jakarta, Depok, Tangerang, Bogor, Bekasi, Karawang, Bandung, Semarang, Pekan Baru, Malang dan Bali.

 

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, tahun ini merupakan kejayaan luar biasa untuk filem itu kerana berjaya menembusi pasaran beberapa negara lain.

 

"Kini Dukun ke Indonesia, satu perkembangan yang baik untuk filem tempatan malah penonton di sana amat menantikannya setelah mereka mengetahui dari media sosial.

 

"Selain New York Asian Film Festival 2018, kami juga sedang menantikan beberapa negara lain yang akan menayangkan filem ini serta beberapa festival filem antarabangsa dimana filem itu bakal dipertandingkan", katanya.

 

Dukun mengisahkan seorang ahli politik, Datuk Jefri (Adlin Aman Ramli) yang meminta khidmat Diana (Umie Aida) untuk menjadi kebal dan berjaya dalam bidang politik. Filem ini turut membariskan Namron, Bront Palarae, Elyana, Faizal Hussein dan Soffi Jikan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top