Rojak Daily Logo

Selena Gomez Boleh Datang Shah Alam Jika...

0
comments
Selena Gomez Boleh Datang Shah Alam Jika...
Penyanyi berusia 24 tahun ini mempunyai jumlah pengikut Instagram paling ramai ketika ini mengatasi Taylor Swift dan Beyonce. (Gambar: selenagomez - Instagram)

Penyanyi popular, Selena Gomez boleh mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 25 Julai ini sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk membenarkan penyanyi antarabangsa itu mengadakan persembahan.

Bagaimanapun, Azmin dalam laporan Bernama menyatakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih belum menerima permohonan daripada penganjur konsert tersebut. Kelulusan akan diberikan sekiranya memenuhi semua syarat yang ditetapkan selepas permohonan penganjur diteliti.

Kedatangan Selena yang dijangka mengadakan konsert Selena Gomez The Revival Tour mendapat bantahan daripada PAS yang berpandangan ia mencemar kemuliaan Syawal. Malah, penyanyi ini didakwa boleh menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan belia.

Penyanyi berusia 24 tahun ini mempunyai jumlah pengikut Instagram paling ramai ketika ini iaitu seramai 90.5 juta mengatasi Taylor Swift (86 juta) dan Beyonce (78.6 juta).

 
 
Comments