CLOSE
CLOSE

Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga Datuk Mahadzir Lokman.


  • Share:

Datuk Mahadzir Lokman Meninggal Dunia
Pengacara popular, Datuk Mahadzir Lokman, 61, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Menurut adik beliau, Ida Lokman, keluarganya sangat terkejut menerima berita itu.

"Saya kini sedang bergegas ke Kota Kinabalu untuk menguruskan jenazah," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.
Al-fatihah....
Mengimbas kembali pencapaian beliau, Mahadzir Lokman pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usahanya mempromosikan bahasa dan budaya negara itu.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris.

Sumber: Utusan Online
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top