CLOSE
CLOSE

As'ad Motawh Ungguli Lima Pencalonan Anugerah Planet Muzik ke-17

Faizal Tahir, Aisyah Aziz, Sufi Rashid, Mimifly turut dapat banyak pencalonan.


  • Share:

As'ad Motawh Ungguli Lima Pencalonan Anugerah Planet Muzik ke-17
Artis Malaysia tercalon paling banyak kategori. (Pic: Instagram)
Anugerah Planet Muzik (APM) edisi ke-17 kali ini menyaksikan bekas penyanyi kumpulan Sleeq, Alif Abdullah, mendahului senarai dengan enam pencalonan.
Alif ungguli APM 17 dengan enam pencalonan.
Alif tercalon untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis), Lagu Terbaik (Singapura), Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.
Aisyah AzizSufi Rashid.
As'ad Motawh, Aisyah Aziz, Sufi Rashid serta penyanyi pop Indonesia, Isyana Sarasvati pula tercalon dalam lima kategori.
Faizal Tahir.Mimifly.
Tidak ketinggalan Faizal Tahir dan Mimyfly yang tercalon untuk empat kategori.
As'ad Motawh.
As'ad Motawh tercalon untuk kategori Artis Baru Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Malaysia), Ikon Media Sosial, Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular APM.
Datuk Sri Siti Nurhaliza.Khai Bahar.Ayda Jebat.
Antara artis-artis Malaysia yang turut tercalon untuk APM kali ini adalah Datuk Sri Siti Nurhaliza (2 pencalonan), Dayang Nurfaizah (2 pencalonan), Khai Bahar (2 pencalonan), Ayda Jebat (3 pencalonan) dan Search (2 pencalonan).
Fazura.Ismail Izanni.
Turut tercalon lagi adalah Aiman Tino (2 pencalonan), Haqiem Rusli (2 pencalonan), Fazura, Altimet, Caliph Buskers, Floor 88, Noh Salleh, Naim Daniel, Ismail Izanni, serta Sufian Suhaimi.
Siti akan turut membuat persembahan.
Pada malam anugerah nanti, antara mereka yang bakal membuat persembahan adalah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Judika, Khai Bahar, Mimifly dan ramai lagi.
Nantikan siaran langsung September ini.
Anugerah Planet Muzik akan bersiaran secara langsung pada 28 September, 2018, pukul 9:00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top