“Kalau Kahwin Perempuan Gila Tu Aku Bunuh Kau” – Saharul Ridzwan Terima Ugutan Gara-Gara Shah

Takutlah bila penonton dah macam kena rasuk.


  • Share:

“Kalau Kahwin Perempuan Gila Tu Aku Bunuh Kau” – Saharul Ridzwan Terima Ugutan Gara-Gara Shah
Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan menerima mesej ugutan ‘bunuh’ gara-gara ada penonton yang terlalu geram dengan watak yang dibawanya dalam drama Jangan Benci Cintaku.

Saharul bagaimanapun tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana memahami ramai yang membenci karakter Shah sehingga dia juga turut terkena tempias tersebut.
Shah, bukti Saharul mampu membawakan watak dengan baik.
Saharul juga membalas mesej tersebut dengan kapsyen lucu selepas memuat naik imej ‘screenshot’ ugutan itu diakaun Instagramnya baru-baru ini.

“Hiburan pagi hari, saya tahu dia memain tapi tergelak bila baca. Teruk sangat ke Shah ni? Hahahahahaaha. Ni cerita tak habis lagi ni. Standby baju kalis peluru lah @sr.tigers #JanganBenciCintaKu,” tulisnya
 
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Saharul mengenai watak Shah, rata-rata pengikutnya memberikan komen beremosi yang menyatakan marah dan sakit hati dengan perangai Shah itu
Saharul anggap ugutan itu hanya gurauan.
Jangan Benci Cintaku merupakan drama terbitan Suhan Movies yang telah mencetus fenomena itu dibintangi oleh Saharul, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top