CLOSE
CLOSE

“Dia Boleh Jaga Saya Seperti Mana Dia Jaga Ibu” – Atikah Suhaime

Terharu lihat cara Awi jaga ibu yang kurang sihat.


  • Share:

“Dia Boleh Jaga Saya Seperti Mana Dia Jaga Ibu” – Atikah Suhaime
Pelakon Atikah Suhaime menyifatkan tunangnya, penyanyi Awi Rafael sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Menurut Atikah, dia berasa terharu melihat cara bakal suaminyanya menjaga ibunya yang kurang sihat.

“Dia memang baik dengan semua orang dan salah satu perkara yang membuatkan saya tertarik dengan Awi adalah cara dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibunya.
Atikah sudah bersedia bergelar isteri.
“Awi seorang yang sangat ‘private’ jadi dia memang kurang berkongsi mengenai hal keluarga. Bila saya dah kenal dia barulah saya dapat melihat dia ini bagaimana orangnya.

“Cara dia jaga ibunya membuatkan saya rasa terharu dan sedar yang dia pun boleh jaga saya seperti mana dia menjaga ibunya,” katanya.

Atikah ditemui pada majlis pelancaran muzik video terbaharu Awi berjudul Ini Semua Dunia yang berlangsung di Suka Sucre Bistro, Wisma Ryu, Cheras pada Isnin.
Bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 Mac.
Mengulas mengenai perkahwinan mereka, Awi memberitahu majlis tersebut akan berlangsung pada tarikh hari jadi Atikah iaitu 17 Mac tahun depan.

“Alhamdulillah, setakat ini persiapan sudah dilakukan dan kebanyakkan dibantu oleh keluarga.

“Setakat ini majlis akan diadakan di Singapura untuk kedua-dua belah pihak. Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, masih lagi dalam perancangan,” katanya.
Doakan yang terbaik buat Atikah dan Awi.
Terdahulu, Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu di Royal Palm, Clarke Quay, Singapura selepas lima bulan berkenalan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top