Rojak Daily Logo
Back to top

Adam Shahz Komen #KekeChallenge, Fatin Afeefa Terasa? Lepastu...Berperang di Twitter!

Apabila bekas suami dan isteri berperang di Twitter...

0
comments
Adam Shahz Komen #KekeChallenge, Fatin Afeefa Terasa? Lepastu...Berperang di Twitter!
Selepas beberapa jam pelakon Adam Shahz menyelar golongan selebriti yang melakukan #KekeChallenge sebagai mentaliti cetek, bekas isterinya, Fatin Afeefa didakwa terasa dengan pendapat ditulis Adam di Twitter itu.

Adam menerusi posting di Twitternya berkata, golongan selebriti sepatutnya menjadi contoh yang baik dan tidak terikut-ikut dengan tarian #KekeChallenge.

Status Adam Shaz di Twitter yang membuat Fatin Afeefa terasa

Status tersebut telah menarik perhatian Fatin Afeefa dan membalas tweet bekas suaminya dalam nada sinis.

Pelakon Monalisa itu menyelar Adam sambil bertanya adakah tidak memberi nafkah kepada anak selama setahun itu sebagai perkara yang tidak memalukan?

Fatin menyelar bekas suaminya

Perang status tidak berakhir, sebaliknya menjadi semakin pajang apabila Fatin turut mengungkit mengenai duit lampin pakai buang, susu dan kekerapan Adam bersama anak mereka.

Fatin ungkit mengenai nafkah dan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya

Tidak berdiam diri, pelakon Juvana tersebut sebaliknya menafikan posting mengenai #KekeChallenge ditujukan kepada Fatin.

Adam turut membalas tuduhan Fatin terhadapnya yang mendakwa dia jarang mengambil anak dan tidak membeli susu serta lampin pakai buang.

Adam tak berdiam diri, balas dakwaan bekas isteri dalam nada perli
Adam nafi dakwaan Fatin tentang tidak menjenguk anak



 
 
 
Comments