Rojak Daily Logo
Back to top

“Jangan Babitkan Arwah Anak, Dia Tak Bersalah” – Linda Rafar Beri Penjelasan Lakukan Keke Challenge

Nak kritik Elite boleh tapi bukan arwah anak!

0
comments
“Jangan Babitkan Arwah Anak, Dia Tak Bersalah” – Linda Rafar Beri Penjelasan Lakukan Keke Challenge
Pelakon Linda Rafar akui berasa terkilan dengan sikap netizen yang mengaitkan arwah anaknya, Memen dengan video tarian Keke Challenge yang dilakukan bersama dua sahabatnya, Sasha dan Azza Elite baru-baru ini.

Linda meluahkan kekesalannya itu menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.
Linda bersama Azza dan Sasha.
Kata Linda, cabaran itu hanya untuk suka-suka bersempena dengan satu projek istimewa Elite yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

“Kepada semua pengikut Instagram saya, Linda terpaksa jelaskan kenapa dan mengapa Elite buat keke challenge.
Lakukan Keke Challenge hanya suka-suka.
“Kami akan buat project istimewa dan keke challange bukan kita sahaja di cabar untuk buat dan bukan semua yang buat itu sempurna.

“Ada yang lagi seksi dan ada yang over daripada apa yang Elite buat. Kami hanya lakukan cabaran itu untuk suka-suka, tidak ada niat lain. Kepada netizen yang pergi komen kutuk Elite masih Linda boleh terima.
Linda mohon jangan kaitkan cabaran dengan arwah anak.
“Tapi Linda merayu tolong jangan babitkan arwah anak Linda #memenahlisyurga dia tidak bersalah dan takde kena mengena dengan ini cerita.

“Tolong jangan nilaikan neraka dan syurga seseorang daripada penampilannya tapi sila nilai dengan kebaikkan, kejujuran serta amalan soleh serta kebajikkan yang telah dia lakukan tanpa pengetahuan anda semua.
Kecewa dengan sikap netizen.
“Sekali lagi jika ada netizen yang masih melibatkan anak syurga Linda memang Linda takkan balas tapi biar Allah sahaja yang membalasnyaa amiin. Allahuakbar,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut Instagramnya meminta Linda bersabar dan tidak melayan karenah netizen.
 

Assalamualaikum.. Salam jumaat🌹 To all my followers.. linda terpaksa jelaskan kenapa n mengapa elite buat kekechallange semalam💥 We all akan buat special project and kekechallange bukan kita sahaja di cabar utk buat dan bukan semua yg buat itu perfect..ada yg lg seksi and ada yg over drp apa yg elite buat... we just do it for fun n xde niat lain.. Kepada nitizen yg pergi comment kutuk elite masih linda bole terima💥 Tapi linda merayu tolong jgn babitkan arwah anak linda #memenahlisyurga dia tidak bersalah n xde kena mengena dgn ini cerita ... Tolong jgn nilaikan neraka n syurga seseorang drp penampilannyaa tp sila nilai dgn kebaikkan,kejujuran serta amalan soleh serta kebajikkan yg telah dia lakukan tanpa pengetahuan anda semua🙏🏻 Skali lagi jika ada nitizen yg masih Melibatkan anak syurga linda memang linda xkan balas tp biar allah shj yg membalasnyaa amiin... Allahuakbar💥

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

 
 
 
Comments