Asia's Next Top Model Musim Ke-6 Kembali, Inilah Wakil Tunggal Malaysia

Kenali Rubini Sambanthan.


  • Share:

Asia's Next Top Model Musim Ke-6 Kembali, Inilah Wakil Tunggal Malaysia
Foto: Instagram @rubinirubi

Rancangan realiti pencarian model terkenal Asia, Asia's Next Top Model akhirnya kembali dengan musim ke-6!

 

Memulakan sesi ujibakat pada pertengahan April yang lalu, kini kesemua 14 peserta telah diperkenalkan dan hanya seorang wakil dari Malaysia telah berjaya menggantikan tempat Alicia Amin dan Shikin Gomez dalam musim terdahulu.

  Wakil tunggal Malaysia, Rubini.

Rubini Sambanthan, 26, berketinggian 176 cm, merupakan peserta yang paling tua dalam musim kali ini. Sering menghiasi ruangan fesyen majalah fesyen terkemuka negara, wajah asli Rubini mampu menarik perhatian juri selain kemahiran peragaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

 

Mari kita saksikan beberapa pose menarik dari Rubini dan semoga Rubini boleh mengharumkan nama Malaysia seperti wakil-wakil dari Malaysia musim terdahulu. Malaysia Boleh!

  Sering menghiasi majalah fesyen. Terkenal dengan pose yang fierce!Semoga Malaysia boleh jadi juara.

Asia's Next Top Model Bakal bersiaran pada 22 Ogos di saluran Foxlife, 711 dan 722 (HD). Semoga berjaya Malaysia!


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top