Rojak Daily Logo

Dua Kemalangan Berlaku Akibat Bermain Pokemon Go

0
comments
Dua Kemalangan Berlaku Akibat Bermain Pokemon Go
Aplikasi permainan terbaru di telefon pintar, Pokemon Go semakin digilai ramai peminat permainan video itu.(Gambar: YouTube)

Keterujaan peminat watak permainan video popular, Pokemon bermain aplikasi terbaru, Pokemon Go nampaknya semakin meluas apabila ramai yang tidak sabar mencubanya. Di sebalik keseronokkan itu yang dikongsi ramai pengguna telefon pintar, satu kemalangan jalan raya pertama dilaporkan berlaku akibat permainan maya itu.

Kemalangan tersebut berlaku di Auburn, Alabama, Amerika Syarikat kelmarin membabitkan pemandu kereta terbabas sebelum melanggar pokok. Pemandu itu mengaku dia bermain Pokemon Go ketika memandu sehingga membuatkannya hilang tumpuan.

Bagaimanapun, pihak polis tidak mendedahkan identiti pemandu itu yang mengalami cedera ringan akibat kemalangan terbabit. Laporan USA Today juga menyatakan Ketua Polis Auburn, Shawn Butler menasihatkan mereka yang bermain aplikasi itu agar lebih mengambil berat soal keselamatan apatah lagi mereka perlu melihat skrin telefon pintar masing-masing mencari watak dalam permainan itu.

Pokemon | Rojak Daily
Kemalangan kereta yang terbabas akibat pemandu leka bermain Pokemon Go di Auburn, Alabama, Amerika Syarikat, kelmarin. (Gambar: USA Today)

Lima peringatan diberikan pihak polis itu adalah tidak menggunakan aplikasi permainan itu ketika memandu kenderaan mahupun berbasikal, tidak menceroboh kawasan persendirian orang lain ketika cuba menangkap Pokemon, berhati-hati ketika berjalan agar tidak leka melihat telefon pintar sehingga mengabaikan aspek keselamatan seperti di jalan raya dan tempat berhenti, berjaga-jaga ketika berkongsi maklumat lokasi agar tidak diketahui orang yang tidak dikenali serta berjalan dalam kumpulan di tempat awam.

Sejurus kemalangan pertama itu, satu lagi kemalangan dilaporkan berlaku membabitkan seorang pemandu wanita melanggar kereta lain di Toowoomba, Queensland, Australia. Terdapat komen pengguna aplikasi itu juga menyatakan kemalangan tersebut bukan berpunca daripada permainan baru itu tetapi atas kecuaian diri sendiri.

 
 
Comments