Rojak Daily Logo
Back to top

Gara-Gara #Inmyfeelingschallenge, Shuib Tinggal Sarah Tepi Jalan!

"Suka sangat ikut-ikut orang" - Shuib

0
comments
Gara-Gara #Inmyfeelingschallenge, Shuib Tinggal Sarah Tepi Jalan!
Pelawak dan usahawan madu Shuib Sepahtu bertindak meninggalkan isterinya, Siti Sarah Raissuddin di tepi jalan ketika penyanyi popular itu sedang melakukan #inmyfeelingschallenge.

Menerusi video yang dimuat naik Sarah di Instagram (IG) tengahari tadi, rata-rata netizen menganggap tindakan Shuib itu sebagai ‘kelakar seram’.

Sarah terpaksa berjalan kaki selepas ditinggalkan di tepi jalan

Lebih lucu lagi apabila anak mereka, Talita, yang turut berada di dalam kereta, ketawa melihat ibu mereka ditinggalkan.

Selepas ‘agak jauh’ meninggalkan isterinya, Shuib akhirnya memberhentikan kereta sambil bertanya samada Sarah mahu meneruskan #inmyfeelingschallenge lagi.
 

Dalam perkembangan lain, single terbaru Sarah ciptaan suaminya, berjudul ‘Semakin’ kini sedang menempa populariti dan mendapat perhatian ramai, termasuk dijadikan OST drama bersiri Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Sarah juga telah mengadakan mini showcase bersempena pelancaran lagu Semakin, di Matic pada 6 Julai lalu dan mendapat sambutan di luar jangkaan apabila kesemua tiket habis dijual!

Kepada yang terlepas menonton mini showcase baru-baru ini, boleh dapatkan VCD yang akan dijual tidak lama lagi.

 

Lagu Semakin juga boleh dimuat turun daripada semua platfom digital seperti Spotify, Joox dan iTunes.

Syarikat pengurusan Sarah, Indigital juga sedang merancang untuk mengadakan konsert di Singapura, hujung tahun ini.

 
 
 
Comments