Johan, Ozlyn Bergaduh Pilih Nama Anak

Rasa-rasanya apa nama penuh Baby C nanti ya?


  • Share:

Johan, Ozlyn Bergaduh Pilih Nama Anak
Pelawak dan penyampai radio Era, Johan mengakui masih belum memilih nama untuk anak kelimanya yang dilahirkan pada 17 Jun lalu.

Johan berkata, dia dan isteri, Ozlynn Wati sehingga kini masih belum mencapai kata putus untuk meletakkan nama yang sesuai kepada bayi perempuan mereka itu.

Anak kelima Johan dan Ozlynn yang dipanggil Baby C buat masa sekarang

“Saya dan isteri ‘bergaduh’ sebab masing-masing ada nama yang kami suka. Sudahnya, sehingga hari ini si kecil itu belum ada nama.

“Tapi kepada yang bertanya tentang nama puteri kami itu, jangan risau saya sendiri akan umumkan selepas daftar nama dia di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) nanti,” katanya.

Johan ketika memperkenalkan Baby C kepada umum, 24 Jun lalu

Tambah Johan lagi, bukan mahu bersikap terlalu memilih nama anak atau cerewet tentang perkara tersebut tetapi dia dan isteri mahu mencari yang terbaik.

“Apa sahaja untuk anak kami, kami mahu yang terbaik. Biarlah nama anak kami itu nanti sedap didengar dan mudah disebut serta mempunyai makna yang baik.

Empat anak Johan dan Ozlynn. Dari kiri: Ariq, Chantiq, Sodiq dan Haziq

“Apa yang saya boleh beritahu sekarang, dihujung nama huruf ‘I’ dan ‘q’ dikekalkan. Macam Ariq, Sodiq, Haziq dan Chantiq,” katanya yang menggelarkan si comel itu sebagai Baby C.

Johan ditemui ketika majlis sidang media Jozan Live di Black Bull, Avenue K pada petang Rabu.

Jozan Live bakal bersiaran bermula Selasa, 24 Julai, di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top