“Memang Sakit, Bukan Gimik Atau Publisiti Murahan” - Fendy Bakry

Benda yang serius mustahillah dijadikan gimik kan?


  • Share:

“Memang Sakit, Bukan Gimik Atau Publisiti Murahan” - Fendy Bakry
Pelakon populr menerusi drama Mr. Grey, Fendy Bakry terkilan apabila ada pihak mendakwa penyakit misteri dihidapi adalah gimik untuk menaikkan nama dalam industri seni.

“Terus terang, saya memang terlantar sakit selama tiga bulan kerana menderita penyakit misteri baru-baru ini.
Kecewa sakit dikatakan gimik.
“Saya bukan bodoh untuk buat gimik atau publisiti murahan dengan cerita pura-pura jatuh sakit untuk menaikkan nama.

“Sebagai artis baru, saya lebih selesa dikenali peminat kerana bakat yang dipertaruhkan.

“Sepanjang pengetahuan, saya tidak ada musuh dan percaya sakit misteri itu ujian paling berat dari Allah SWT sepanjang berkecimpung dalam bidang seni,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.
Anggap ujian paling berat dari Allah SWT.
Mengulas tahap kesihatannya kini, Fendy berkata dia bersyukur dirinya sudah pulih sepenuhnya dari penyakit misteri tersebut.

“Alhamdulillah, saya sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni.

“Semuanya berkat doa dari peminat, pengurusan dan ahli keluarga yang tidak pernah putus berdoa untuk melihat saya kembali pulih,” ujarnya.
Syukur sudah pulih sepenuhnya.
Tambah Fendy lagi, dia sudah berhenti membuat rawatan alternatif tetapi ra pemeriksaan susulan masih lagi dilakukan di Hospital Alor Setar.

“Saya sudah menjalani ujian darah tetapi masih menunggu laporan penuh dari doktor kerana mereka masih belum dapat mengesahkan penyakit dihidapi,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top