CLOSE
CLOSE

#Inmyfeelingschallenge; Fatin Afeefa, Bella Astilah, Hafiz Roshdi Dah Terjebak, Siapa Lagi?

Agak-agaknya lepas ini #challenge apa pula yang muncul?


  • Share:

#Inmyfeelingschallenge; Fatin Afeefa, Bella Astilah, Hafiz Roshdi Dah Terjebak, Siapa Lagi?
Jika sebelum ini tular pelbagai jenis cabaran (challenge) sehingga menjadi ikutan pengguna media sosial, yang terbaru #inmyfeelingschallenge pula mendapat perhatian ramai netizen.

Sejak semalam, beratus ribu video dimuat naik menggunakan hashtag #inmyfeelings dan #inmyfeelingschallenge di laman sosial Instagram yang memaparkan beberapa individu menari di luar kereta sedang bergerak.

Fatin Afeefa dikritik netizen selepas memuat naik video #inmyfeelingschallenge

Bagaimanapun, beberapa selebriti Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada trend dan 'berjoget' di luar kereta.

Antara yang paling awal menyahut cabaran menari berlatar belakangkan lagu berjudul In My Feelings nyanyian penyanyi antarabangsa popular Drake itu ialah pelakon Fatin Afeefa, Hafidz Roshdi dan isteri kepada aktor Aliff Aziz, Bella Astilah.

Aksi comel Hafidz Roshdi

Di antara ketiga-tiga mereka, video yang mendapat tontonan tertinggi setakat ini ialah Hafidz Roshdi yang telah ditonton sebanyak 1.1 juta kali dengan 1,800 komen.

Rata-rata komen terhibur dengan aksi comel Hafidz Roshdi dan ada beberapa nama selebriti turut disebut untuk melalukan cabaran tersebut.
 

Bella Astilah yang memuat naik video melakukan #inmyfeelingchallenge bersama adiknya, Didi Astilah, juga tidak kurang hebatnya kerana telah ditonton lebih 700 kali dalam masa kurang 24 jam berada di Instagram.

 

Sementara itu Fatin Afeefa pula agak tidak bernasib baik kerana ada netizen yang melemparkan komen negatif terhadap video #inmyfeelingschallenge yang kini sudah mencapai hampir 600 ribu tontonan selepas di muat naik, semalam.

Walaupun ada netizen yang mengecam tindakan Fatin Afeefa yang menganggap tariannya buruk dan gedik, ada juga yang menyebelahi pelakon berbakat besar itu.

Tidak berdiam diri, pelakon drama bersiri Monalisa itu membalas setiap komen positif dan negatif netizen.

 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top