Rojak Daily Logo

FINAS Perjuang Pawagam Di Kelantan

0
comments
FINAS Perjuang Pawagam Di Kelantan
Pawagam berperanan mempromosikan budaya sendiri menerusi filem selain masyarakat bertukar fikiran. (Gambar: cinema.com.my)

Sudah sekian lama masyarakat Kelantan mahu mempunyai pawagam sendiri di negeri mereka sebagai satu bentuk hiburan. Meskipun ia masih belum menjadi kenyataan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) tetap berusaha mahu mewujudkan pawagam komuniti.

Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman berkata, pawagam pada masa kini bukan lagi dilihat dari aspek hiburan semata-mata tetap menjadi medium pada masyarakat menimba ilmu.

"Kalau hendak berdakwah, media paling sesuai adalah filem atau kandungan dalam sesebuah cerita. Bagi FINAS, kandungan atau apa-apa penceritaan yang betul dan boleh kita paparkan dan tayangkan di pelbagai peranti, kita anggapnya sebagai pawagam yang memberi pengajaran,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Pawagam | Rojak Daily
Pawagam menjadi platform masyarakat menimba ilmu selain berhibur. (Gambar: FINAS)

Tambahnya, pawagam dapat menjadi platform mempromosikan budaya sendiri menerusi filem selain masyarakat bertukar fikiran. Malah, beliau berpandangan FINAS tidak mempunyai masalah berhubung peraturan kerajaan negeri agar tempat duduk penonton diasingkan antara lelaki dan perempuan.

Kamil juga menyatakan isu pawagam sebagai hiburan dan maksiat tidak lagi wujud sebaliknya membawa mesej pengajaran pada masyarakat sebagai penonton menerusi filem yang ditayangkan. Sebagai satu langkah positif, pawagam akan memberi galakan pada belia Kelantan untuk berkarya dalam memajukan industri perfileman tanah air.

 
 
Comments