Rojak Daily Logo
Back to top

“Saya Tak Pernah Komen Gambar Atau DM Dia” – Alvin Chong

Cantik betullah Isabela Vinzon ni.

0
comments
“Saya Tak Pernah Komen Gambar Atau DM Dia” – Alvin Chong
Pelakon Alvin Chong mengakui tidak pernah memberikan komen atau menghubungi penyanyi Filipina berusia 16 tahun, Isabela Vinzon menerusi Instagram.

Menurut Alvin, dia tidak mahu menimbulkan rasa kurang selesa terhadap rakan duetnya dengan berkelakuan seperti itu.
Kolaborasi pertama Alvin bersama Isabela.
“Sebaik saja tahu mengenai kolaborasi ini, perkara pertama yang saya buat sebenarnya adalah ‘stalked’ Instagram dia.

“Tetapi saya tidak pernah meninggalkan sebarang komen pada gambar atau memberikan ‘Direct Message’ (DM) kepadanya.
Tak perlu DM untuk cipta keserasian.
“Sebab saya tidak mahu membuatkan dia berasa tidak selesa dengan kelakuan seperti itu. Jadi saya serahkan segalanya kepada syarikat pengurusan, Universal Music Malaysia.

“Bila kami dah bertemu, barulah saya dan Isabela mula berbual dan mengikuti Instagram masing-masing,” katanya ketika ditemui Rojak Daily Kaw!
Alvin sewaktu pelancaran single keempatnya.
Berbicara mengenai lagu We Got This, Alvin memberitahu single keempatnya ini mencabar daripada segi cara nyanyian dan juga sebutan bahasa Inggeris.

“Setiap lagu mempunyai cabaran tersendiri dan jujur saya katakan memag agak khuatir dengan sebutan bahasa Inggeris, risau juga kalau tidak jelas.

“Namun saya rasa lega kerana semuanya berjalan dengan lancer dan selepas mendengar hasilnya saya rasa puas hati.
Alvin dan Isabela ketika ditemubual media.
“Saya rasa sangat bertuah mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Isabela yang merupakan penyanyi berbakat negara Filipina,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Alvin kini sedang rancak mempromosikan single We Got This yang menampilkan duet bersama Isabela Vinzon.
 
 
 
Comments