Wak Doyok vs Pembantu Peribadi, Aliff Syukri Harap Kedua-duanya Berbaik

Diharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik.


  • Share:

Wak Doyok vs Pembantu Peribadi, Aliff Syukri Harap Kedua-duanya Berbaik
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berharap agar ikon fesyen Wak Doyok, dan pembantu peribadi yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya, Asyraff Mazlan, berbaik semula.

Datuk Seri Aliff Syukri adalah pemilik saham terbesar dalam syarikat Legasi Jambang Sdn. Bhd. telah meninggalkan komen pada salah satu entri di laman sosial Instagram (IG) Asyraff, tiga hari lalu.

Aliff Syukri berharap agar dua sahabat ini kembali berdamai

Difahamkan hubungan Wak Doyok dan Asyraff mula renggang disebabkan masalah dalaman melibatkan syarikat mereka sejak beberapa bulan yang lalu.

Wak Doyok juga telah mengumumkan Asyraff bukan lagi pembantu peribadinya di lG, menerusi sebuah posting, lima hari lalu.

Wak Doyok mengumumkan Asyraff Mazlan bukan lagi pembantu peribadinya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin panas apabila Asyraff memuat naik beberapa kenyataan di IG story.

Dalam muat naik tersebut Asyraff turut memaparkan beberapa dokumen mengenai kedudukan dan nilai saham yang dipegangnya dalam syarikat Legasi Jambang Sdn. Bhd dan Empire AMWD Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang trademark Wak Doyok.

Kenyataan Asyraff Mazlan di IG Story


Dokumen yang dipaparkan di IG Story Asyraff Mazlan
Keadaan tersebut menyebabkan Wak Doyok tampil bersuara di IGnya dan meluahkan rasa kesal dengan apa yang dipaparkan bekas pembantu peribadinya itu di IG story.

Sungguhpun kesal dengan perbuatan sahabatnya yang sudah dianggap sebagai adik kandung itu, Wak Doyok berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara aman.

Kenyataan dan penjelasan Wak Doyok di Instagram


"Biarlah keadilan menentukan". - Wak Doyok
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top