CLOSE
CLOSE

“You Pregnant?” - Reaksi Priceless Suami Betty Rahmad Ini Buat Peminat Sebak

Mata bulat terkejut sambil pegang alat ujian kehamilan.


  • Share:

“You Pregnant?” - Reaksi Priceless Suami Betty Rahmad Ini Buat Peminat Sebak
Reaksi suami pelakon Betty Rahmad, Ardy Damis sebaik sahaja mengetahui isterinya hamil tiga bulan membuatkan peminat sebak.

Adik kepada aktres Umie Aida dan Erma Fatima membuat kejutan kepada suaminya dengan meletakkan alat ujian kehamilan di dalam sebuah kotak.
Betty dan Ardy bakal menerima kehadiran orang baru.
Ardy yang pulang dengan membawa makanan pada mulanya tidak perasan namun selepas meletakkan makanan tersebut di atas meja, wajahnya berubah kerana terkejut melihat kota berkenaan.

“You pregnant?” Itulah kata-kata pertama yang keluar daripada mulut suaminya dan terus meluru memeluk isterinya.
Betty bersama suami ketika menyambut Syawal baru-baru ini.
Betty juga berkongsi momen indah itu dengan memuat naik video tersebut di akaun Instgaramnya semalam.
 
“Bismillah, Alhamdulillah syukur hari ini i nak share with my beloved followers & friends, i am 3 months pregnant.

“Syukur atas rezeki dari Allah & atas berkat doa dari anda semua yang selalu doakan yang baik untuk kami.

“Terima kasih dan teruskan doa yang baik-baik untuk kami k! ❤️ @ardydamis #yeaytakpayahcoverlineperutlagilepasni #bettyanddamis,” tulisnya.
Betty kini hamil tiga bulan.
Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyatakan rasa gembira dan terharu melihat momen istimewa itu.

Betty, 36, dan Ardy, 31, mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu.

Sebelum itu Ardy membuat kejutan dengan melamar Betty pada 24 September lalu sewaktu menghadiri majlis hari jadi pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira yang diadakan di Bali, Indonesia.
 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top