Rojak Daily Logo
Back to top

“Nak Mustang Tapi Saya Bagi Merc Dulu” – Datuk Vida Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Cik B

Untunglah Cik B, jangan lupa bawa mama jalan-jalan tau.

0
comments
“Nak Mustang Tapi Saya Bagi Merc Dulu” – Datuk Vida Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Cik B
Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida membnuat kejutan kepada anak perempuannya, Cik B dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari jadinya.

Menerusi akaun Instagramnya, Vida telah memuat naik beberapa video pendek yang menunjukkan reaksi anaknya ketika mendapat kereta tersebut.
Usia 13 tahun, Cik B sudah memiliki kereta mewah.
“Suprise untuk Cik B. Cik B nak Mustang untuk birthday dia tapi saya bagi Merz dulu,” tulinya ringkas.
 
Video itu juga turut merakamkan gaya Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 13, cuba membawa kereta berkenaan.

Dalam pada itu, Cik B juga menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kerana Vida telah menunaikan impiannya untuk memiliki kereta sendiri.
 
 

Hadiah tuk Cik.B.. Merz . Tag kawan kawan yg nak beli kereta cenggini

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

“Suka, sebab hadiah, terima kasih mama,” ujarnya.

Terdahulu, Cik B sebelum ini pernah menyatakan hasrat dan meminta ibunya membelikan sebuah kereta mewah jenama Mustang.
 
 
 
Comments