Rojak Daily Logo

Reaksi Pelbagai Buat Miley

0
comments
Reaksi Pelbagai Buat Miley
Pelbagai reaksi disuarakan di Twitter oleh peminat The Voice serta peminat dan haters Miley Cyrus setelah mengetahui bintang remaja penuh kontroversi itu bakal menyertai Adam Levine dan Blake Shelton dalam musim ke-11 The Voice.  


Gambar: Facebook @The Voice

Miley dikenali sebagai bintang utama siri terkenal Hannah Montana keluaran Disney, siri yang melonjakkan nama anak gadis penyanyi country 90-an Billy Ray Cyrus. Ramai yang tidak dapat menerima perubahan Miley selepas menginjak ke usia remaja. Dia dikatakan memberi gambaran yang kurang baik kepada kanak-kanak dengan kes dadah dan gaya hidup melampau. Namun ramai yang melihatnya sebagai seorang bintang berpesonaliti dan berani mengekspresi diri. 


Gambar: www.ibtimes.com

Miley tidak keseorang dalam The Voice apabila Alicia Keys turut disebut sebagai juri keempat menggantikan Gwen Stefani dan Pharrell Williams. Sejauh mana pengaruh dua bintang baru ini mampu melonjakkan populariti The Voice?


Gambar: www.hawtcelebs.com

Sementara menanti kemunculan The Voice, inilah teaser empat juri musim ini. 

 
 
 
Comments