Rojak Daily Logo

"Seperti Terkena Fitnah" - Rossa

0
comments
Rossa mahu bukti seperti gambar jika dakwaan tersebut benar. (Gambar: itsrossa910 - Instagram)
Penyanyi popular, Datuk Rossa terpalit dengan kontroversi apabila didakwa sudah bernikah dengan kerabat dan kelihatan bermesra dengan seseorang di hotel seperti mana dilaporkan dalam ruangan gosip sebuah akhbar tempatan di sini.

Penyanyi lagu popular "Atas Nama Cinta" ini tampil memberi penjelasan di Instagramnya mengenai dakwaan itu yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Jelasnya, dakwaan itu dianggap fitnah kerana beliau mengaku tidak pernah bermesra dengan sesiapa di hotel seperti dalam laporan gosip itu dan menyatakan kali terakhir ke Sarawak untuk mengadakan persembahan.



Namun, Rossa meminta jika ada bukti seperti gambar yang menunjukkan dakwaan itu benar dikongsi bersamanya dan menyatakan laporan berita tanpa bukti adalah suatu yang tidak elok dan merugikan.
 
 
 
Comments