CLOSE
CLOSE

“Sejak Usia Muda Diuji, Kehilangan Bapa…” – Sebak Baca Luahan Hati Ziela Jalil Buat Puterinya

Beginilah perasaan seorang ibu.


  • Share:

“Sejak Usia Muda Diuji, Kehilangan Bapa…” – Sebak Baca Luahan Hati Ziela Jalil Buat Puterinya
Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil berkongsi satu nukilan menyentuh hati khas buat puterinya, Dr Puteri Julia Nabilah.

Nukilan tersebut dimuat naik oleh Ziela beserta dengan sekeping foto bersama anaknya di majlis perkahwinan Julia yang berlangsung pada Ahad lalu di akaun Instagramnya.

“Anakku, sejak usia muda mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahagakan kasih dan sayangnya, Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya untuk melalui dugaan ini.
Ziela sewaktu majlis berinai anak perempuannya.
“Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dengan keluargamu demi menuntut ilmu, kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari ibumu atas segala masalah walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yang bukan mudah dan sangat mencabar.

“Tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on. Banyak dugaan yang kau tempuh, kesedihan yang terpaksa kau lalui anakku dan mama tak pernah putus mendoakanmu.

“Kerana kau anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mama, kau anak yang kuat hatinya, akhirnya kau menemui cinta sebenar yang membahagiakanmu namun kau terus diuji,” tulisnya.
Ziela seorang ibu yang kuat.
Menerusi nukilan itu juga, Ziela juga meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang cuba mengganggu untuk menggagalkan perkahwinan anak kesayangannya itu.

“Sehingga pada hari bahagiamu masih ada yang cuba untuk membuat kau sedih anakku. Dari manusia yang tidak bertanggungjawab, syaitan yang bertopengkan manusia, hatinya yang cukup kotor sehingga tergamak dia menfitnah, Allahu Akbar!
Tahniah buat Dr Puteri Julia Nabilah.
“Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yang lebih tinggi untuk Mu dan juga suamimu, Aamin.

“Buat kedua-dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga berbahagia kalian sehingga Jannah dan jadilah suami dan isteri yang soleh dan solehah juga ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb. #dziyaputeringonit,” coretnya.
 
 

Anak Ku, sejak usia muda Mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya, Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya utk melalui dugaan ini... Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dgn keluargamu demi menuntut ilmu, kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masaalah walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yg bukan mudah dan sgt mencabar, tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on... banyak dugaan yg kau tempuh, kesedihan yg terpaksa kau lalui anakku dan mama tak pernah putus mendoakanmu,..kerana kau anak yg baik, anak yg sentiasa membahagiakan mama, kau anak yg kuat hatinya, akhirnya kau menemui cinta sebenar yg membahagiakanmu namun kau terus diuji, sehingga pada hari bahagiamu masih ada yg cuba utk membuat kau sedih anakku😢 dari manusia yg tidak bertanggung jawab, Syaitan yg bertopeng kan manusia, hatinya yg cukup kotor sehingga tergamak dia menfitnah, Allahu Akbar!... Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yg lebih tinggi utk Mu dan juga suamimu, Aamiin... Buat Kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadi lah Suami dan Isteri yg Soleh dan Solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb...♥️ #dziyaputeringonit💕

A post shared by zielajalil (@zielajalil) on

Dr Puteri Julia Nabilah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Dr Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi, selepas mengikat tali pertunangan pada 12 Mei lalu.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top