Rojak Daily Logo
Back to top

"Gila Publisiti!" - Netizen Tak Setuju Dazrin Muat Naik Video Potong Tali Pusat Anak

Niat untuk berkongsi pengalaman tidak diterima netizen.

0
comments
Pelakon Dazrin Kamarudin mendapat kecaman netizen yang tidak bersetuju dia memuat naik sepotong video merakamkan aksi memotong tali pusat anaknya yang baru lahir.

Dazrin memuat naik video yang menunjukkan dia berjaya melaksanakan pengalaman itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
Niat untuk berkongsi pengalaman tidak diterima netizen.
“Pengalaman pertama potong tali pusat baby @dasukidazrin .. #syukur #alhamdulillah sumpah #liat,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, niatnya untuk berkongsi pengalaman bersama pengikut IGnya ternyata tidak semua memandang positif mengenai perkara tersebut.

Malah mereka berpendapat video seumpama itu tidak patut dipertontonkan kepada umum dan menyifatkan Dazrin sebagai seorang yang gila publisiti.
 
“Dia orang ni gila publisiti sangat. Takda bahan sendiri. Jadikan anak isteri bahan,” tulis seorang pengikut.

"Keep itu private please," tambah seorang pengikut lain.

Dazrin menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Dasuki, pada 13 April lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Fazulin Razali pada 6 Mei 2017.
 
 
 
Comments