CLOSE
CLOSE

“Alhamdullilah Selamat, Rasa Nak Pecah Jantung” – Kereta Terbakar, Adik Que Haidar Kemalangan

Nak luluh jantung tengok foto kemalangan.


  • Share:

“Alhamdullilah Selamat, Rasa Nak Pecah Jantung” – Kereta Terbakar, Adik Que Haidar Kemalangan
Pelakon Que Haidar akui panik sebaik sahaja mendapat tahu adik perempuannya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menurut Que, dia berasa terkejut selepas menerima kiriman foto menerusi mesej daripada keluarganya yang menunjukkan sebuah kereta terbakar.
Hampir setengah menunggu berita keadaan adik.
“Dapat banyak message pagi tadi, bila buka message bagitau adik perempuan saya accident. Alhamdulillah adik saya selamat.

“Tetapi sebelum dapat tahu yang dia selamat, rasa nak pecah jantung tengok gambar-gambar yang dihantar.

"Setengah jam juga lah tunggu nak dapat berita macam mana keadaan adik saya. Paniknya lain mcm,” kongsinya di akaun Instagram semalam.
 
Dalam pada itu, ruangan entri berkenaan juga dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kesejahteraan adiknya.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top