Rojak Daily Logo

Boleh Ke Cium Pipi?

0
comments
Boleh Ke Cium Pipi?
Uqasha meraikan hari jadinya ke-24 dalam satu majlis baru-baru ini.(Gambar: uqashasenrose2 - Instagram)

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meraikan hari jadinya baru-baru ini dalam satu majlis yang diadakan cukup meriah. Pastinya ramai peminat yang seronok melihat aksi Uqasha dalam lakonan termasuk gambar-gambar menarik yang dimuat naik di media sosial.

Namun, satu gambar dimuat naik Ramada Syahman di Instagramnya mengundang pelbagai komen dan pertanyaan peminat apabila pelakon lelaki itu seolah mencium pipi gadis yang baru berusia 24 tahun itu.

Uqasha | Rojak Daily
Aksi Ramada terhadap Uqasha yang mengundang kontroversi dalam kalangan peminat. (Gambar: ramadasyahman- Instagram)

Menurut komen Uqasha dalam status sama, lelaki itu adalah sepupunya tetapi apa yang menjadi persoalan sama ada boleh sepupu berlainan jantina melakukan aksi sedemikian sebagai seorang muslim.

Uqasha | Rojak Daily
 
Uqasha | Rojak Daily

Komen peminat di Instagram. (Gambar: ramadasyahman- Instagram)

 
 
Comments