Rojak Daily Logo

20 Drama Adaptasi Novel Paling Laris

0
comments
20 Drama Adaptasi Novel Paling Laris
Drama kegemaran rakyat Malaysia.

Siapa tidak suka menonton drama di televisyen? Paling menjadi fenomena kini adalah drama yang diadaptasi daripada novel. Ini senarai 20 drama adaptasi novel paling laris dan mendapat tempat di hati anda. 

1) Nur Kasih

Gambar: www.roketkini.com

Jumlah penonton: 5 juta

Pelakon utama: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz

Ringkasan: Perbezaan abang dan adik dan cinta tiga segi.

2) Kau, Aku, Kita

Gambar: www.moviesinfobsyokv2.net

Jumlah penonton: 4.7 juta

Pelakon utama: Saharul Ridzwan dan Janna Nick

Ringkasan: Si jejaka dan si gadis berkongsi nama yang sama.

3) Sebenarnya Saya Isteri Dia

Gambar: www.melvister.com

Jumlah penonton: 4.6 juta

Pelakon utama: Izzue Islam dan Tiz Zaqyah

Ringkasan: Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.

4) Love you, Mr Arrogant

Gambar: www.melvister.com

Jumlah penonton: 4.6 juta

Pelakon utama: Azlee Khairi dan Zara Zya

Ringkasan: Dipaksa kahwin tanpa rela untuk menjaga harta keluarga akhirnya bertemu bahagia.

5) Ariana Rose

Gambar: grandesplate.blogspot.com

Jumlah penonton: 4.5 juta

Pelakon utama: Keith Foo dan Nur Fathia

Ringkasan: Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil.

6) Dia Isteri Luar Biasa

Gambar: beautifulnara.com

Jumlah penonton: 4.5 juta

Pelakon utama: Shukri Yahaya dan Nur Fathia

Ringkasan: Kehidupan seorang wanita yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, kerana menganggap dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki.

7) Cinta si Wedding Planner

Gambar: www.mysumber.com

Jumlah penonton: 4.5 juta

Pelakon utama: Adi Putra dan Mira Filzah

Ringkasan: Si wedding planner yang mencari cinta sejati.

8) Vanilla Coklat

Gambar: www2.mytiub.org

Jumlah penonton: 4.5 juta

Pelakon utama: Aiman Hakim dan Izara Aishah

Ringkasan: Kisah pelajar universiti yang mulanya benci tetapi bertukar cinta.

9) Diandra

Gambar: www.budiey.com

Jumlah penonton: 4.4 juta

Pelakon utama: Aiman Hakim dan Nur Fathia

Ringkasan: Kisah seorang wanita lasak yang menjadi bodyguard kepada pelakon lelaki terkenal.

10) Setia Hujung Nyawa

Gambar: www.cikcyda.com

Jumlah penonton: 4.4 juta

Pelakon utama: Amar Asyraf dan Nelydia Senrose

Ringkasan: Kehidupan jejaka yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka.

11) Rindu Awak 200%

Gambar: ms.wikipedia.org

Jumlah penonton: 4.4 juta

Pelakon utama: Zul Ariffin dan Ayda Jebat

Ringkasan: Kisah sepasang suami isteri yang menjengkelkan diantara satu sama lain.

12) Cinta Jannah

Gambar: mulan-sahbanu.blogspot.com

Jumlah penonton: 4.2 juta

Pelakon utama: Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose

Ringkasan: Ketabahan seorang gadis dalam mencari kebahagian hidup dan bertemu jejaka pilihanya.

13) Cik Cinderella Encik Tengku

Gambar: www.kisahsidairy.com

Jumlah penonton: 4.1 juta

Pelakon utama: Shukri Yahaya dan Zahirah Mcwilson

Ringkasan: Ibarat kisah Cinderella, seorang gadis dipinggirkan keluarga tiri dan berusaha mencari cinta sejati.

14) Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Gambar: www.mysumber.com

Jumlah penonton: 4.1 juta

Pelakon utama: Fahrin Ahmad dan Sara Ali

Ringkasan: Seorang gadis bermasalah dijaga oleh seorang lelaki atas permintaan keluarganya.

15) Teduhan Kasih

Gambar: dramatvfull.blogspot.com

Jumlah penonton: 4.1 juta

Pelakon utama: Adi Putra dan Sherry Ibrahim

Ringkasan: Perkahwinan yang tidak direstui berakhir dengan perbalahan lalu mencetus hubungan terlarang.

16) Hello, Mr Perfect!

Gambar: www.layandrama.net

Jumlah penonton: 4 juta

Pelakon utama: Fattah Amin dan Ruhainies

Ringkasan: Seorang jejaka yang terlalu mencari kesempurnaan dalam mencari isteri pilihan sehingga diupah kahwin.

17) Tuan Anas Mikael

Gambar: dramamelayuonline.blogspot.com

Jumlah penonton: 4 juta

Pelakon utama: Aaron Aziz dan Zara Zya

Ringkasan: Kisah seorang jejaka yang diberi tempoh tiga bulan oleh ibunya untuk mencari wanita sempurna. 

18) Zahira

Gambar: www.melvister.com

Jumlah penonton: 4 juta

Pelakon utama: Adi Putra dan Zara Zya

Ringkasan: Perjalanan hidup seorang gadis bernama Zahira yang tersungkur akibat cinta melulu kepada kekasihnya.

19) Hati Perempuan

Gambar: www.moviesinfobsyokv2.net

Jumlah penonton: 3.4 juta

Pelakon utama: Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad

Ringkasan: Keegoan hati seorang wanita akhirnya tumpas apabila mula jatuh cinta.

20) Nora Elena

Gambar: irtvstage.blogspot.com

Jumlah penonton: 1.75 juta

Pelakon utama: Aaron Aziz dan Siti Saleha

Ringkasan: Perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu.

 
 
Comments