Rojak Daily Logo
Back to top

Dah Macam Filem Saw! Ini 7 Perkara Penting Sebelum Menonton Blok 404

Berapa banyak lah darah digunakan dalam filem ini?

0
comments
Dah Macam Filem Saw! Ini 7 Perkara Penting Sebelum Menonton Blok 404
Permulaan kepada genre filem horror thriller di Malaysia yang baru. (Gambar: YouTube/Produksi)
Kalau lahir zaman 90-an, pasti ramai yang tahu mengenai telefilem Blok 404. Yelah, zaman ledakan VCD (cetak rompak) macam-macam telefilem dihasilkan ketika itu. 

Bagaimanapun 17 tahun telah pun berlalu, jalan cerita dan watak Blok 404 juga pastinya sudah samar-samar di saat usia yang semakin meningkat.

Disebabkan itulah juga naskah berkenaan dibawa kembali ke layar perak dan akan ditayangkan bermula esok (28 Jun).

Jika anda tertanya-tanya adakah filem ini berbaloi untuk ditonton, kami senaraikan sedikit previu atau elemen penting untuk anda pertimbangkan.

#1 TIADA MASALAH JIKA TIDAK TONTON BLOCK 404 LAMA

Masih ingat VCD ini?
Secara jujurnya, biarpun pernah menonton telefilem 17 tahun lepas, penulis langsung tidak ingat jalan cerita asal. 

Bimbang juga jika tidak dapat catch up filem ini kerana ia membawa kembali pelakon-pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman.

Bagaimanapun, selepas separuh jalan menonton penulis berasa lega. Terdapat elemen flashback untuk memudahkan penonton hadam jalan cerita.

Pengarah filem ini, Isma sendiri mengaku yang beliau juga tidak menonton telefilem lama bagi mengelakkan terikut-ikut gaya asal. Jadi janganlah anda bimbang.

#2 KEPIT PEHA, KEPIT KAKI

Hidup sampai mati...semuanya bermula di sini
Filem ini bukanlah filem seram hantu, sebaliknya lebih kepada horror-thriller. Senang cerita, jika pernah tonton Saw atau IT, maka ia mempunyai suntikan elemen-elemen ini. 

Jalan ceritanya mudah, beberapa anak muda terpaksa menginap di Guesthouse 404 selepas kereta mereka tersadai di tepi jalan.

Dengan pelbagai perangai dan kerenah negatif ketika di rumah terbabit, maka bermulalah pelbagai cerita aneh. Seorang demi seorang jadi mangsa.

Permulaan filem sebenarnya agak lambat dan penulis sedikit tertanggu oleh seorang pelakon senior ini. Namun kekurangan itu ditutup apabila pengarah dengan pantasnya memperkenalkan adegan seksaan pertama!

Melihat mangsa pertama diseksa saja sudah cukup buat penonton kepit kaki. Jarang ya Malaysia ada gaya cerita macam ni.

Pujian harus diberikan kepada pengarah kerana membawa satu corak dan olahan cerita yang lebih fresh.

#3 LAKONAN MEYAKINKAN NADIA BRIAN DAN….

Berapa banyak darah lah digunakan dalam aksi bathtub tu.
Barisan pelakon filem ini agak ramai, malah antaranya adalah nama besar dalam industri seperti Fasha Sanda sendiri. Namun pujian diberi kepada Nadia Brian, Raja Azrey, Aedy Asyraf dan Nur Risteena Munim (pelakon lain juga bagus).

Penulis menganggap Nadia Brian sebagai pelakon yang underrated dalam industri. Beliau wajar diberikan watak dan naskah yang lebih hebat.

Dari awal kemunculannya dalam filem ini sebagai selebriti/Instafamous, lakonannya meyakinkan! Tidak berlebihan dan tidak dibuat-buat.

Paling menarik babak ketika diseksa di dalam bathtub! Berapa banyak darah lah dia kena hadap dalam babak berkenaan. Kudos!

Selain itu pujian juga diberi kepada Raja Azrey. Macam ni lah pelakon senior! 

#4 ADEGAN TIDAK BERBAJU AEDY DAN...

Ladies, silakan...tonton
Satu lagi yang mungkin menjadi sebutan pastinya Aedy Ashraf yang membawa watak traveler.

Kekerapannya tidak berbaju bukan saja boleh buat wanita ‘bergetar’ ketika menonton, malah babak dia diseksa juga menarik perhatian.

Boleh nampak ekspresi dia terseksa walaupun hanya berdiri tegak tidak berbaju. Sesekali terdengar juga penonton (orang sebelah) menggelarnya sebagai Tarzan Malaysia. 

Selain Aedy, pastinya babak ranjang dan seks jadi tumpuan. Tetapi jangan risau, Malaysia kan!

#5 MAN OF THE MATCH AKA DATUK BOY IMAN

Terima kasih Datuk kerana mengajar erti sabar.
Susah nak hadam lakonan beliau. Jalan cerita sudah bagus, pelakon pun mantap-mantap tetapi penulis terganggu dengan watak dibawa Datuk Boy Iman daripada awal cerita.

Pendek kata, boleh chill tak Datuk? Tapi apapun penulis mahu anda sabar sehingga pertengahan cerita. Ada sebab dia begitu. 

#6 PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Tak senang duduk dibuatnya!
Siapa makan cili, dialah rasa pedas. Paling pedas kepanasan pastinya golongan-golongan yang disebut dalam filem ini.

Golongan yang selalu buang sampah merata-rata, kuat bermaksiat, selalu curang serta si tanggang!

Paling kena tempias pastinya golongan yang hebat di media sosial seperti insta famous segera. Bagus juga bangkitkan isu ini sebab terlalu ramai yang popular disebabkan membuat video merepek. 

Cuma penulis terasa janggal mengenai isu membuang sampah merata-rata. Anda kena tonton sendiri.

#7 PLOT TWIST


Tidak mahu berkata banyak mengenai filem ini kerana selebihnya anda haruslah tonton di pawagam. Jika ditanya adakah berbaloi, penulis mahu bersikap positif.

Jalan cerita agak berlainan dan jarang dihasilkan di Malaysia. Malah adegan menggunakan chainsaw itu rasanya pertama kali dalam filem Malaysia.

Terdapat juga plot twist di akhir filem dan rata-rata tidak menyangka ending begitu. 

Selepas habis menonton, penulis merasakan filem ini not bad juga, tetapi seperti dinyatakan tadi, saya berharap anda bersabar pada permulaan cerita. 

Secara keseluruhan penulis beri 3.5/5
 
 
Comments