Rojak Daily Logo
Back to top

“Syukur Masih Boleh Nampak” - Tertusuk Mainan Anak, Betty Banafe Hampir Buta

Dugaan seorang ibu.

0
comments
“Syukur Masih Boleh Nampak” - Tertusuk Mainan Anak, Betty Banafe Hampir Buta
Pelakon Betty Banafe menceritakan detik cemas apabila mata sebelah kirinya tertusuk permainan Lego kepunyaan anaknya.

Menurut Betty, mengalami luka dibahagian mata hitamnya dan menganggap perkara yang berlaku itu sebagai dugaan seorang ibu.

“Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah, bayangkan mereka yang buta permanently. Salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka.
Betty anggap perkara berlaku sebagai dugaan seorang ibu.
“Kuatnya semangat mereka untuk hidup, dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.

“Kerna waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Terima kasih bagi yang mulia hatinya.

“Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya. Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masyaallah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin Ya Rab. #deandargus #juliadargus,” tulisnya.
 
Betty dan Bruce Darghous telah berahwin pada 8 Disember 2012. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dua cahaya mata, Julia, 5 dan Bruce Dean Dargus, 3.
 
 
 
Comments