Rojak Daily Logo
Back to top

“Ya, Shahir Dan Keluarganya Ada Datang Ke Rumah Untuk Beraya” - Erra Fazira

Nafi rombongan merisik.

0
comments
“Ya, Shahir Dan Keluarganya Ada Datang Ke Rumah Untuk Beraya” - Erra Fazira
Hanya kunjungan Hari Raya biasa sahaja. (Pic: Instagram @errafazira)

Pelakon popular, Erra Fazira mengaku penyanyi Shahir ada berkunjung ke rumahnya pada 1 Syawal lalu tetapi hanya untuk beraya dan bukannya rombongan merisik seperti yang disangkakan.

Tegas pelakon jelita ini, pada pertemuan itu juga, tiada sebarang perbincangan mengenai perancangan perkahwinan mereka dibangkitkan.

Tidak pakai sedondon.

"Memang Shahir dan keluarganya ada datang ke rumah pada hari raya pertama lalu. Namun, ingin saya tegaskan, kunjungan itu sekadar untuk beraya. Tiada majlis merisik atau apa-apa yang berkaitan dengan hubungan kami.

"Malah, kami tidak berpakaian sedondon pun. Lagipun, saya dan keluarga Shahir sudah saling mengenali, jadi tiada masalah untuk mereka datang beraya," katanya kepada Rojak Daily Kaw! ketika ditemui pada majlis pelancaran Bikin Filem, di Kota Damansara.

Jawapan tetap sama.

Ditanya mengenai juadah istimewa dihidangkan untuk keluarga penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, pelakon dan penyanyi jelita ini berkata, tiada hidangan khas yang disediakan selain menu raya biasa.

Menyedari ramai yang mendambakan sesuatu yang positif terhadap hubungannya dengan jejaka berusia 29 tahun itu, Erra tetap tidak berganjak daripada jawapan pernah dikongsinya sebelum ini.

Masih tetap berkawan.

"Sebelum ini pun ramai yang cuba mengaitkan saya dengan Shahir tapi sampai sekarang tak jadi apa-apa pun. Kalau saya cakap pun pasti anda semua akan kecewa dengan jawapan saya kerana tiada sebarang perkembangan terbaru mengenai hubungan kami. Sebaliknya, kami masih kekal sebagai kawan,” kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini.

Tidak mahu lagi lirik sedih.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek ini berkata dia enggan lagi membawakan lagu yang liriknya berbaur kesedihan dan patah hati kerana bimbang situasi itu akan terus menghantui kehidupannya.
Tidak pernah sepi.

“Kalau ikutkan majoriti peminat, mereka masih mahukan saya menyanyikan lagu berentak balada. Tapi bagi saya sendiri, saya tak mahulah terus dikaitkan dengan lagu seperti lagu saya sebelum ini seperti Pasrah, Yang Terindah Hanya Sementara dan juga Berteman Sepi. Saya tak sepi.

“Kalau boleh biarlah lagu itu mempunyai lirik yang positif seperti bangkit semula selepas putus cinta. Sejujurnya saya sekarang keliru antara selera peminat dan cita rasa sendiri,” ujar wanita berusis 44 tahun ini.

 

 
 
Comments